Beruntungnya Kalau Miliki Pasangan Setabah Ini, Sudah Tentu Hidup Terasa Lebih Bermakna. Ini 5 Ciri Pasangan Tabah Yang Perlu Korang Cari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika dilihat sekali imbas mungkin ia kelihatan seperti seorang yang garang, bengis ataupun sombong, tapi itulah kelebihan wanita yang tabah ini. Luarannya sahaja yang seperti itu, tapi di dalamnya penuh dengan kasih sayang dan kelembutan untuk menyayangi anda sepenuh hati.

Apabila anda berjumpa dengan mereka yang seperti ini, jangan sesekali lepaskan mereka. Ini kerana, mereka ini akan membuat hidup anda lebih bernilai dan lebih berharga. Hanya luaran mereka sahaja nampak seperti tak peduli dan bukan seorang yang berkasih sayang, tapi setelah mengenalinya, mereka ini adalah orang yang akan membuat anda bahagia.



Bagaimana mereka mampu? Apabila mereka benar-benar menyayangi seseorang maka, dia akan menjaganya dengan sepenuh hati serta kasih sayang. Tak akan pernah pun dirinya membuat anda terluka melainkan kalau anda yang membuatnya terluka.

Bila sudah memiliki wanita seperti ini, jangan sesekali lepaskan mereka. Nak tahu apa istimewanya, ini yang anda akan perolehi darinya.

1. Bermotivasi.

Apa yang boleh dilihat mereka ini memiliki motivasi tinggi, dia akan memberi nasihat terhadap apa yang anda perlukan, bukan apa yang anda mahu dengar. Di mana dia memilih untuk menyatakan kebenaran berbanding untuk menyedapkan hati pasangannya.



2. Pendorong terbaik.

Dia sentiasa akan mendorong anda untuk menjadi diri anda yang terbaik. Dan dia melakukannya secara tidak langsung juga. Kehadirannya sememangnya cukup untuk memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi lebih baik. Anda akan berasa termotivasi untuk menjadi lebih layak untuk bersama seperti gadis itu.

3. Tahu menghormati anda.

Dia mungkin tidak akan bertolak ansur dengan orang yang tidak tahu menghormatinya, tapi dia tahu menghormati orang yang menyayangi dirinya. Di mana dia tahu apa yang dia perlu lakukan dan bukan menanti bimbingan daripada anda.



4. Membuat hidup lebih bernilai.

Apa yang paling menyeronokkan apabila mendapat pasangan seperti ini adalah hidup anda akan lebih bernilai dengan bersamanya. Ia seolah dia sedang melengkapi hidup anda apabila bersamanya. Bila kehilangan dirinya, anda akan berasa begitu kosong sehingga tak tahu apa yang perlu diisi di dalam hidup anda.

5. Mampu buat kenal baik buruk dalam hidup.

Dengan bersamanya ia seakan-akan begitu mudah untuk mengenali kelemahan dan kelebihan diri. Ini kerana, dirinya akan membuat anda lebih mengenali diri anda. Sebabnya dia tahu bagaimana untuk meyakinkan akan keburukan dan kelebihan diri anda.

Tak mudah untuk menjumpai wanita seperti ini, tapi apabila anda memilikinya, anda seharusnya menghargai dengan sebaiknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen