Dalam Kita Mencari Jodoh Yang Tepat Itu, Jangan Lupa Untuk Sayangi Diri Sendiri Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bab jodoh ini ramai sahaja yang beria-ria sehingga lupa akan diri sendiri. Ada yang menganggap bahawa jodoh itu adalah sesuatu perkara yang perlu dikejar sebelum ia jatuh ke tangan orang lain, sedangkan perkara sebegitu perlu ke?

Nak jodoh itu memang kena usaha, betul itu tapi nak usaha kena tahu batasnya juga betul tak?

Jangan terlalu mengejar jodoh sehingga membuatkan maruah diri anda kelihatan tidak berharga sedangkan, maruah diri anda lebih berharga berbanding berjodoh dengannya. Sebagai contoh, anda terlalu mengharapkan seseorang untuk menjadi suami atau isteri sehingga anda sanggup mengetepikan maruah diri sendiri.




Bahkan ada juga yang sanggup membiarkan dirinya dipijak ataupun dicurangi berkali-kali sedangkan perkara sebegini sememangnya melukakan hati sendiri.


Kenapa kita sanggup melakukan perkara sebegini?


Adakah kerana risau jika tiada orang yang mahukan diri kita? Ataupun kita terlalu sayang akan dirinya?

Yang mana kah kita ini sebenarnya?

Tapi yang paling penting adalah sebelum kita nak sayang orang lain, nak merayu kasih orang lain bahkan nak kejar orang lain, kita patut lakukan itu semua kepada diri kita dahulu.


Sayangi diri kita dahulu dan jangan biarkan diri kita ini tersakiti. Jangan rendahkan maruah kita semata-mata untuk orang yang tak tahu menghargai diri kita ini.


Mungkin kehilangan itu sangat menyakitkan akan tetapi, lagi sakit sebenarnya jika hadirnya kita ini dipergunakan bukan dihargai.


Jangan takut untuk terluka, jangan takut rasa tertinggal.


Itu semua lumrah dalam perjalanan untuk merasa bahagia. Apa yang kita perlu tahu bahawa kita lebih menyayangi diri kita dahulu berbanding orang lain. Kita sanggup berkorban apa sahaja untuk diri kita berbanding berkorban untuk orang yang belum tentu inginkan kita dengan seikhlas hati.


Menyayangi orang lain itu sememangnya mudah tapi menyayangi diri sendiri itu begitu perit dan sangat sukar. Akan tetapi jika kita tahu bagaimana untuk menyayangi diri kita sendiri, maka kita juga akan tahu bagaimana untuk menyayangi orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen