Walaupun Dalam Bank Tinggal RM50, Tapi Suami-Suami Tak Pernah Mengeluh & Minta Bantuan Isteri. Nak Tahu Kenapa Bila Suami Susah Tak Minta Bantuan Isteri? Ini Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang ketua keluarga, suami sememangnya akan lebih rasa terbeban dengan tanggungjawab dalam menguruskan soal kewangan dalam sebuah rumah tangga. Lagi-lagi bila keadaan ekonomi semakin meruncing ini, lagi lah ia bagaikan satu perkara yang sangat membimbangkan.

Rata-rata gaji yang diterima itu belum tentu mencukupi buat perbelanjaan harian. Lebih-lebih lagi selepas menyelesaikan segala komitmen bulanan seperti bil air, elektrik, telefon, susu serta lampin anak. Itu belum lagi saat tiba di fasa pertengahan atau hubung bulan.



Jika diawal bulan gaji yang diterima RM3000, selepas tolak itu ini, tak mustahil gaji yang tinggal sebanyak RM 50 pada hujung bulan. Sebab itu, suami-suami tak pernah mendedahkan nilai baki dalam akaun banknya tidak kira pada anak-anak mahupun pada isterinya.

Kenapa ya?

1. Tak mahu isteri risau.

Terutama jika isterinya seorang suri rumah, lagi ia perkara yang sangat membimbangkan. Di mana, selepas penat lelah menguruskan anak-anak dan rumah tangga dia tidak mahu menambah beban pada isterinya. Ini kerana apabila isteri tahu bahawa suaminya mengalami masalah kewangan, sudah tentu moodnya akan terganggu.



2. Mahu isi rumah anggap kewangan masih stabil.

Tidak kiralah berapa yang tinggal di dalam akaun bank tersebut, tetapi suami sebagai ketua keluarga tidak mahu semua akan bimbing. Jadi sebab itu mereka ini tidak pernah berkongsi akan perkara tersebut dan merasakan bahawa mereka ini mampu untuk menyelesaikannya.

3. Sanggup korbankan diri.

Apa sahaja yang dimahukan isteri dan anak-anak sudah tentu tidak akan dikecewakan, walaupun dalam keadaan wang yang semakin membimbangkan. Isteri nak makan di kedai makan suami turutkan. Anak nak basikal baru ayah akan belikan. Segala kemahuan anak dan isteri cuba untuk dituruti walaupun dia sendiri rasa tersepit.



4. Tahu ada jalan penyelesaiannya.

Bagi seorang ayah dan suami ini, masalah wang itu adalah perkara kecil. Dia tahu bahawa setiap masalah yang berlaku itu akan ada jalan penyelesaiannya. Maka dia tidak bimbang akan perkara tersebut. Malah dirinya percaya bahawa anak dan isteri itu adalah pembawa rezeki.

5. Tidak mahu dilihat gagal.

Suami ini miliki ego mereka, jadi dalam tanggungjawab juga ia akan menitikberatkan egonya. Jika dia tidak mampu beri apa yang anak isteri mahukan, dia akan kelihatan gagal menjadi seorang ayah, suami serta ketua keluarga.

Sekali skala itu, cuba kita hargai pula pengorbanan suami kita pula, lihat susah payahnya untuk memberi keselesaan buat anak-anak dan isterinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen