Bila Kentut Depan Pasangan Itu Tanda Cinta? Ini 5 Cara Lain Yang Boleh Korang Buat Yang Lebih Romantik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada kajian kata kalau kita kentut depan pasangan, itu tanda cinta kita pada dirinya. Rasa geli pun ada kan tapi itu mungkin tanda bahawa pasangan kita itu betul-betul terima baik buruk kita, yelah sebab kentut kan busuk. Lagi-lagi bila makan telur.

Nak tunjuk tanda sayang bukan guna kentut atau guna cara yang tak sopan, apa kata guna perbuatan yang lebih sopan dan menyejukkan hati pasangan kita. Banyak je cara yang sopan malah sesuai untuk digunakan buat pasangan kit ani, lagi-lagi bila dah kahwin. Yang belum kahwin, haram buat ya.



5 perbuatan tunjukkan kasih sayang pada pasangan.

1. Bermaafan sebelum tidur.

Nampak remeh kan? Tapi tak semua orang mampu buat. Lagi-lagi pasangan yang pentingkan air muka sendiri. Mana tidaknya, korang pentingkan air muka sangat dekat pasangan kenapa, kentut depan dia boleh pula. Cara nak kekalkan kasih sayang dalam perkahwinan, sebenarnya bermaafkan sebelum tidur.

Nak tidur lebih tenang malah masa bangun tidur juga terasa lebih tenang dan bertenaga. Mana tidaknya masa tidur tak fikirkan apa-apa.

2. Peluk pasangan dari belakang.

Apa yang seronoknya bila dah kahwin ni, semua perkara halal nak buat. Malah kalau tengok pasangan kita macam tak ada mood dan bad mood je, apa kata cuba peluk dari belakang. Ini juga tanda yang kita ini sayang akan dirinya.

Malah pelukan ini juga dapat merawat emosi pasangan kita menjadi lebih tenang dan rasa bahagia.



3. Sebelum pergi kerja salam terlebih dahulu.

Ini adalah salah satu amalan suami isteri bahagia. Sebelum pergi kerja, sama ada sudah lambat atau cepat tetap jadikan ia sebagai amalan yang suami isteri tak tinggal. Selain dapat pahala, dosa-dosa juga berguguran, malah ia juga satu penghormatan buat suami bagi si isteri.

4. Cium dahi pasangan.

Ada orang kata bahawa cium dahi pasangan ini menunjukkan bahawa kita sayang dan hormat pada dirinya. Malah pasangan juga akan merasa dihargai serta disayangi. Kalau malu nak cium pasangan, apa kata buat masa dirinya tengah tidur, walaupun dia mungkin tak akan perasaan tapi ia mampu buat pasangan tidur dengan lebih tenang.



5. Usikkan dan sakat antara pasangan.

Perbuatan ini sememangnya digalakkan dalam hubungan. Mana tidaknya, kalau selalu bergurau senda ini, segala masalah akan berkurangan, malah ia juga terapi diri. Lagi-lagi kalau usik waktu ada wuduk, lagilah rasa hubungan bertambah bahagia je.

Bukannya kata kentut depan pasangan itu tak sayang pasangan, tapi banyak lagi perkara yang romantik dan membuat pasangan lebih menghargai pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen