Berjanji Untuk Berkahwin, Tapi Hubungan Tergantung. Apa Maknanya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mulut itu memang mudah untuk menabur janji yang belum tentu mampu untuk ditunaikan. Sesiapa pun mudah je nak buat janji, walaupun tak tahu sama ada ia akan tertunai ataupun tidak. Lagi-lagi ketika sedang manisnya bercinta.

Bila sedang hangat bercinta ini, segala perkara yang mustahil pun akan dilemparkan kata-kata janji juga. Sebagai contoh yang paling mudah adalah janji untuk berkahwin, tapi tahu-tahu kahwin dengan orang lain. Dengan orang yang dibuat janji itu hanya diabaikan sahaja tanpa pernah fikir pun apa janji yang telah termeteri.



Bila kita tak serius dengan seseorang, jangan janji bulan dan bintang. Jangan janji bahawa kiat sanggup menyeberangi lautan api demi dirinya, malah jangan berani-berani cuba untuk berjanji menikahi dirinya terutama jika kita tak miliki hati untuknya.

Bila kita dah berjanji dengan seseorang, maka hubungan yang terbina itu perlu lebih serius, bukannya sekadar cinta monyet atau sebagai simpanan sebelum berjumpa dengan yang lebih baik. Tapi ia adalah cara untuk kita kekal bersama dengan seseorang sehingga berjaya hubungan tersebut.



Bercinta bertahun-tahun, berjanji pelbagai perkara tetapi sudahnya, hubungan tergantung atau terputus ditengah jalan. Yang menunggu dan menanti itu akan lebih sakit dan kecewa berbanding yang melakukan perjanjian malah melanggari perkara tersebut.

Buat mereka-mereka yang berdepan dengan perkara sebegini, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Terutama selepas hubungan tersebut tergantung tak bertali.

Kenapa dia buat macam itu?

Ini kerana, dirinya tak serius pun dengan hubungan yang terbina itu. Bagi dirinya janji yang dikatakan itu sekadar kata-kata yang tak perlu dikotakan janjinya. Malah ia juga bukan satu perkara yang penting untuk dipegang dan digenggam seeloknya.



Bukan itu sahaja, kadang kala janji yang dilakukan itu sekadar untuk membuat anda terus menunggu dirinya. Jadi apabila dirinya bosan tiada hala tuju atau tiada siapa yang mahu lagi, dirinya masih memiliki anda untuk kekal setia disampingnya.

Tak cukup dengan itu sahaja, boleh jadi anda ini hanya sekadar spare part dirinya sahaja yang tak mungkin janji tersebut tertunai. Di hanya meletakkan harapan yang menggunung tetapi tidak mahu tunaikan harapan tersebut.

Kadang-kadang kita sendiri kena lebih celik dan berfikir panjang dalam setiap janji berserta perbuatannya. Jangan hanya kerana kita yang terlalu suka menyebabkan kita telan sahaja segala janji-janji palsu itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen