Berkahwin Itu Bukan Macam Main Pondok-Pondok, Tapi Ia Penuh Dengan Rasa Tanggungjawab Yang Suami Isteri Kena Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa niat sebenar kita dalam mendirikan rumahtangga ini? adakah sekadar hanya suka-suka sahaja ataupun kita menginginkan keredhaan Allah. Dalam membinanya rumahtangga yang bahagia serta dirahmati Allah, ia perlu dilakukan seikhlas hati malah jangan lupa akan tanggungjawab yang perlu digalas oleh pasangan suami tersebut.

Bila bercakap akan tanggungjawab, ia bukan satu skop yang kecil tapi ia tersangatlah meluas. Tanggungjawab seorang suami bukan sahaja memberi nafkah kepada anak isterinya sahaja. Begitu juga dengan isteri, tanggungjawab bukan sekadar jaga makan dan pakai sahaja.



Ia meluas dan perlu betul-betul bersedia untuk suami isteri memikulnya. Perkahwinan ini bukan macam pondok-pondok yang kita boleh tolak sana sini bila dah tak nak.

Bila kita tak bersedia dalam memikul tanggungjawab itu, maka satu hubungan suami isteri serta ahli keluarga akan porak peranda, sebab itu masing-masing kena tahu erti tanggungjawab. Nak-nak lagi si suami yang akan mengetuai sebuah keluarga itu.

Seperti pesanan Firdaus Shakirin ini, bahawa perkahwinan itu penuh dengan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam keadaan bersedia, ia bukan untuk dibuat main.



Perkahwinan itu adalah tanggungjawab.

Bila kita bersedia untuk berkahwin, itu bermakna kita bersedia untuk pikul tanggungjawab. Isteri serta anak-anak itu adalah salah satu daripada cabang tanggungjawab kita...

Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri, anak-anak dan keluarganya. Isteri ada hak untuk dilayani dengan baik oleh suaminya, manakal anak-anak ada hak untuk dibesarkan dengan baik oleh ayahnya. Rasulullah s.a.w sendiri berpesan kepada kita untuk bergaul dengan isteri secara lemah lembut, secara makruf dan halim.

Jika suami kurang senang dengan satu sifat isteri, perangai isteri, maka itu tidak boleh dijadikan alasan untuknya bersikap kasar kepada isteri. Isteri ada hak untuk menerima bimbingan dari suami, tunjuk ajar dan nasihat. Suami berhak mendidik isteri dengan cara yang betul, berhemah tanpa perlu menyakiti hati, perasaan dan fizikal isteri...



Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w ini :

"Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku"

Renungan bersama, semoga bermanfaat...

Perkahwinan itu akan menjadi mudah, kalau kita suami dan isteri ini tahu tanggungjawab masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen