"Bertahun-Tahun Dengan Dirinya, Siapa Sangka Selama Ini Aku Jaga Jodoh Orang..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering kita dengar ungkapan itu di bibir mereka yang pernah bercinta bertahun lamanya tetapi tidak sampai ke pelamin. Semua antara kita tahu bahawa jodoh, rezeki, ajal dan maut itu di tangan Allah. Namun tak siapa antara kita yang dapat membaca perjalanan hidup pada esoknya. Jalanilah seperti biasa, mengikut arus kehidupan yang sudah ditetapkan.

Pernah berjanji untuk sehidup semati, berjanji untuk naik pelamin yang sama dan memasang angan-angan yang tinggi bak cempaka di rembulan. Siapa sangka hubungan putus di tengah jalan. Anda Allah telah menulis jodoh kita dengan si dia hanya setakat itu sahaja, maka bila tiba waktunya ia pasti akan terjadi, tidak akan terlewat mahupun sesaat. Sebagai hamba, akurlah dengan ketentuanNya kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Dia maha tahu sedang kita tidak tahu.



Kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Perpisahan boleh terjadi kepada sesiapa yang Allah inginkan, boleh terjadi bila-bila masa Dia mahukan, dan pastinya bersebab dan berhikmah. Mungkin pada waktu ini kita langsung tidak nampak di mana baiknya perpisahan itu, sangkaan yang berlegar di minda hanyalah kedukaan dan jiwa yang lara. Percayalah bahawa di akhirnya akan terbit kemanisan. Allah itu Maha Pengasih, pastinya Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah dan jangan putus doa semoga hikmah yang baik akan hadir selepas perpisahan itu.



Memang benar perpisahan itu memeritkan, menyakitkan, apalagi apabila ia berlaku bukan kerana kehendak kita. Proses pemulihan juga memakan masa yang lama untuk kembalikan diri yang seceria dulu. Antara saranan yang boleh diikut adalah hindarkan diri daripada mendengar lagu-lagu yang boleh membangkitkan kenangan bersama si dia. Terdapat jutaan lagu yang berkaitan kedukaan dan berkisah tentang perpisahan, jika diratapi lagu sebegitu, semangat untuk bangkit semula pastinya kembali lemah.



Yakinlah bahawa anda akan temui seseorang yang lebih baik darinya, seseorang yang bakal membahagiakan anda lebih dari yang pernah dia lakukan. Bercinta bertahun lamanya tidak menjamin hubungan itu akan berakhir dengan pernikahan sedang hubungan yang singkat itu tidak mustahil untuk menjadikan pernikahan sebagai destinasi terakhir dalam membuktikan cinta sebenar. Tiada yang mustahil di dunia ini, sentiasalah berfikiran positif supaya aura positif sentiasa mendampingi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen