Kesian Isteri Tahan Sakit Kepala Seorang Diri, Apa Kata Suami-Suami Cuba Tips Ini Dekat Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dengan masalah kerja di pejabat, kurang rehat yang mencukupi malah kadang kala ada masalah yang tak selesai itu mungkin menjadi punca mengapa seseorang itu sakit kepala dan alami stress. Bila sudah berkahwin kadang kala susah sikit kita nak dapat rehat yang cukup, lagi-lagi kalau anak sedang begitu aktif ke sana sini.

Itu yang kadang kala boleh naik hantu juga dengan pasangan kita ini. Mana tidaknya dah penat, pastu rasa bagai ditambah-tambah penatnya itu, lagilah buat mereka ini rasa nak mengamuk.



Apabila kita jadi seorang suami atau isteri, cuba untuk jadi penawar kepada setiap penyakit yang dirasai oleh pasangan kita. Kalau tak dapat tolong banyak pun, sikit-sikit pun sebenarnya sudah membantu.

Bila isteri kita sakit kepala atau stress, suami-suami boleh cuba lakukan tips ini. Insya- Allah akan berkesan melegakan rasa pada isteri.



Selepas selesai solat bersama, baringkan isteri di riba suami, tangan kanan suami letakkan dikepala isteri sambil picit kepala isteri dengan pelahan.

Bacakan surah al-fatihah berulang-ulang sehingga isteri lega atau tertidur.

Jangan lupa kucup dahi isteri dengan penuh kasih sayang, sambil berkata "saya sayang awak" InsyaAllah sakit kepala/stress isteri seharian bekerja dan menjadi surirumah akan hilang.

Kalau suami-suami sakit kepala pun, isteri boleh cuba tips ini. Mudah dan ringkas malah dapat eratkan hubungan suami isteri lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen