Bukan Isteri Je Kita Kena Hargai, Pengorbanan Suami Jangan Lupa. Ada Masa Mereka Ini Ingin Juga Rasai Dihargai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bab isteri, kita selalu pesan agar suami-suami ini jangan lupa pengorbanan apa yang telah dilakukan oleh isteri. Jangan lupa yang isteri kita itu telah berhempas pulas untuk menguruskan rumahtangga dengan baik, menahan sakit perit melahirkan anak-anak buat suami malah dia juga yang akan mendidik anak dengan sabarnya.

Tidak cukup itu, isteri juga yang akan menyokong suami tidak kiralah disaat susah mahupun senang, isteri akan setia disisi. Namun begitu, jika hanya suami sahaja yang akan menghargai isteri, bagaimana dengan isteri pula?



Suami juga layak untuk dihargai isteri juga. Mereka ini mempunyai hati dan perasaan yang sememangnya layak untuk dihargai juga. Jangan lupa penat lelah mereka ini, malah jangan lupa usaha mereka ini nak bahagiakan isteri dan anak-anak.

Selalunya kita angkat tinggi pengorbanan seorang isteri, tapi bagaimana pula dengan pengorbanan suami. Bukan semua suami-suami ini mudah lupa akan tanggungjawab. Ramai sahaja diantara mereka ini begitu tekun akan dalam tanggungjawab yang diberikan.



Tak lupa untuk memberi nafkah buat isteri walaupun kadang kala mereka juga perlukan wang untuk kegunaan perbadi. Bahkan, kadang kala mereka ini juga alami kesempitan wang yang tidak dijangka, tapi demi kebahagiaan isteri kadang-kadang mereka ini hanya pendam dan diamkan sahaja.

Mungkin mereka ini tak mampu nak menanggung sakitnya bersalin melahirkan zuriat, tapi itu tak bermakna mereka ini tidak ada kesakitan yang dilalui. Siapa tahu bahawa mereka ini sanggup meredah hujan panas, sanggup menahan kesakitan diri sebabnya nak mencari rezeki buat anak dan isteri. Suami-suami takut kalau-kalau dia tidak pergi kerja, apa yang akan dimakan buat anak isteri nanti.



Itu belum lagi kesabaran seorang suami diperlihatkan lagi. Selalunya kita hanya lihat bagaimana seorang isteri sabar akan sikap suaminya, tapi macam mana pula seorang suami yang sabar dengan sikap isterinya. Setiap kali teguran atau bimbangan sukar sekali diterima oleh isterinya. Tak semua isteri mudah dibentuk dan menerima teguran untuk perbaiki diri.

Jangan hanya kita pandang apa isteri-isteri telah lakukan sehingga lupa apa yang suami juga turut korbankan. Hidup dalam rumahtangga itu melengkapi, jadi tak salah juga jika kita saling menghargai antara satu sama lain.

Tanpa isteri, hidup kita akan kucar kacir malah tiada zuriat. Begitu juga tanpa suami, belum tentu ada orang yang sudi melindungi kita serta membimbing kita ke jalan Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen