Malu Itu Memang Sifat Orang Perempuan, Kadang Nak Bercakap Dengan Lelaki Yang Tak Dikenali Pun Malu. Tapi Kalau Malu Sangat Nanti Susah Pula Nak Dapat Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Malu dengan wanita ini sememangnya tak boleh nak dipisahkan, mana tidaknya lumrah seorang wanita miliki sifat pemalu ini. Bahkan sifat pemalu ini memang digalakkan tetapi kenalah bersesuaian dengan caranya. Kalau semua benda nak malu payah juga kan?

Dalam sebuah hadis, sabda Nabi Muhammad SAW:

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” – Hadis Riwayat Baihaqi.

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim malah sifat malu juga sudah sebati dalam diri seorang wanita. Malu bukan sahaja untuk kaum wanita malah kaum lelaki juga berhak memiliki perasaan malu dalam diri mereka. Nabi Muhammad SAW juga merupakan insan yang pemalu, diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi Muhammad SAW lebih malu sifatnya dari seorang gadis.



Tak salah nak ada perasaan malu ini, tapi letakkan ia di tempat sepatutnya. Kadang kala sifat pemalu ini membuatkan kita sukar mencari jodoh, tapi bukan pula disuruh buang rasa malu itu. Rasa malu itu perlu digunakan sesuai dengan keadaan, malah rasa berani juga perlu digunakan mengikut keadaan.

Kadang kala bila hati dah berkenan, tapi rasa malu itu mendahului membuatkan dia sanggup memendamkan perasaannya, akhirnya dia kehilangan seseorang yang disukainya.



Kita ini orang perempuan tak salah kalau nak mulakan sesuatu, tak salah kalau kita luahkan perasaan malah tak salah kalau kita nak pinang si lelaki, tapi kerana perasaan malu serta dicampur dengan mulut-mulut orang menyebabkan kita takut nak melakukannya bukan?

Macam mana nak tangani perasaan malu sangat ini,

Untuk melawan perasaan ini jangan terlalu tergesa-gesa lebih baik lakukan secara berperingkat.

Cari keyakinan diri: Kenapa diri kita ini pemalu sangat? Cuba kumpulkan keberanian yang ada.

Sentiasa berdoa untuk miliki keberanian: Mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berdepan dengan apa jua keadaan.

Belajar etika bergaul: Tak salah untuk kita bergaul dengan mereka yang berlawan jenis ini tetapi jangan sampai melanggar hukum syarak.

Bentuk penampilan baru: Kadang kala penampilan kita itu membuatkan kita tak berani dan rasa malu, apa kata ubah dan dapatkan keyakinan yang baru.

Yakin pada diri sendiri bahawa anda juga mampu melakukannya seperti orang lain. Tak salah untuk memulakan satu hubungan atau meluahkan rasa hati kita, siapa tahu dia juga punyai rasa yang sama. Kalau kita tak mulakan sampai bila pun tak akan tahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen