Bila Nampak Pasangan Muncung Panjang Sangat Tu, Apa Kata Cuba Perkara Ini. Lagi-Lagi Yang No 3 Mesti Ramai Perempuan Suka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bergaduh itu memang perkara biasa dalam hubungan, itulah asam garam yang menyedapkan lagi hubungan yang dibina. Tak kiralah pasangan yang sedang hangat bercinta mahupun baru je berkahwin, tentu pernah berdepan dengan perkara ini.

Tapi buat yang dah kahwin tak elok nak gaduh lama-lama, nanti kena tinggal tidur seorang diri pula.

Kadang-kadang lepas bergaduh itu tak seronok pula bila pasangan kita tak nak bercakap dengan kita bukan, lagi-lagi kalau dia jawab hanya sepatah-sepatah, lagi sakit hati pula kita tengok. Itu tak cukup kalau dia buat muka, lagi lah menguji kita.



Dari anda pun nak tunjuk perangai yang sama memang sampai bilalah tak akan habis, baik kalau anda guna cara ini untuk pujuk pasangan yang tengah merajuk dengan anda itu.

Antara cara yang boleh digunakan;

1. Puji pasangan.

Kalau tengok muka di masam semacam je lagi malah muncung pun boleh buat sangkut baju, apa kata guna ayat-ayat pujian sikat. Macam cakap hari ni dia nampak manis ke, macam cakap dia comel walaupun muka kelat. Sedikit pujian yang diberikan memang akan buat dia cair, nanti lama-lama dia senyumlah tu.



2. Geletek pasangan.

Yang ini buat pasangan yang dah kahwin je, kalau tengok suami atau isteri masih mencuka sebab merajuk, geletek je ketiak atau badannya, biar dia ketawa berdekah-dekah. Lepas itu tengok boleh ke dia nak masak muka dengan anda lagi.

3. Ajak pergi makan.

Kalau ini guna nak pujuk perempuan memang terus on je. Perempuan dengan makanan memang tak dapat dipisahkan, lagi-lagi kalau anda yang belanja. Jadi bila nampak dia acuh tak acuh lagi, terus je ajak makan dekat luar. Baru ajak makan je mesti dah tersengih itu belum makan lagi.



4. Ajak lakukan apa yang dia suka.

Nampaknya walaupun anda tak suka apa yang dia suka, tapi sebab nak pujuk tentu anda kena ikut juga bukan. Jadi ajak je lakukan apa yang dia suka. Kalau dia ajak pergi shopping siap sedialah duitnya ye.

5. Berdoa.

Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumah tangga yang kurang menyenangkan. Namun, ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumah tangga yang dibina. Lazimi menyebut zikir:

Ya Azizi…
Ya Jabbar…
Ya Mutakabbir…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen