Buat Bakal Pengantin, Elakkan Badan Berbau Dihari Bahagia. Cuba Kawal Perkara Ini Sebelum Majlis Anda Tiba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dengan keadaan cuaca tropika di negera kita ini, memang mudah sungguh untuk membuat badan berbau jika tidak dijaga dengan betul. Jangan risau bukan ada sahaja yang memiliki bau badan, setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri.

Akan tetapi kalau satu hari pakai baju yang sama mungkin akan membuat tubuh badan anda berbau, nak-nak lagi anda tiada masa untuk mandi atau menukar pakaian anda, tentu sahaja ia akan membuatkan badan anda berbau.



Jika anda bakal menjadi raja sehari, lebih baik anda menjaga bau badan anda dengan betul. Ini kerana, anda akan berjumpa dengan ramai orang, jadi kalau badan anda berbau tentu akan rasa malu nanti.

Bau badan ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, antaranya pemakanan mahupun gaya hidup kita sendiri. Jadi bila lagi sebulan dua nak kahwin itu, apa kata anda jaga-jaga dengan 6 perkara ini.



Malas Mandi - Gangguan bau badan atau bau peluh boleh berlaku sekiranya seseorang individu tidak menjaga kebersihan badan dan terdapat juga kehadiran bakteria yang bertindak balas menjadi zat, menyebabkan wujudnya bau kurang enak.

Pemakanan - Masalah bau badan juga dapat dikaitkan dengan faktor pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang menjadi punca utama kepada masalah bau badan seperti bawang putih dan daging merah. Jenis makanan yang mengandungi bawang putih boleh memberikan impak kurang baik pada bau badan. Bawang putih mampu menyebabkan bau badan dan menjadikan bau mulut tidak sedap. Daging juga merupakan salah satu penyebab bau badan. Wanita yang gemar mengambil makanan berasaskan daging kebiasaannya mempunyai aroma tubuh badan yang kurang sedap berbanding mereka yang sering mengambil makanan berasaskan sayuran.



Tidak menggunakan deodoran – Deodoran adalah salah satu produk yang mampu mengawal bau badan tapi apabila anda tidak menggunakan produk ini, ia akan melahirkan bau yang tak menyenangkan dengan lebih kuat. Terdapat pelbagai jenis produk deadoran ini cuma yang membezakannya adalah produk itu sesuai ataupun tidak dengann mereka.

Stress – kadang kala kita tak sedar bahawa stress ini akan membuat badan kita berpeluh. Jika anda terlalu kerap stress hingga sukar untuk mengawalnya dengan baik, lebih baik anda untuk mendapatkan rawatan dengan pihak yang pakar.

Kuat berpeluh – Orang yang kuat berpeluh ini biasanya memang akan berdepan dengan masalah bau badan. Akan tetapi jika ia menggunakan pakaian yang bersesuaian ia dapat mengawal sedikit masalah berbau badan. Mungkin boleh guna kain dari jenis cotton atau memakai pakaian yang sedikit longgar.



Memakai baju yang berulang – seperti yang kita tahu bahawa baju yang berulang kali akan mendatangkan bau yang kurang senang. Jika sebelum ini, baju itu sudah terkena peluh sudah tentu akan berbau, tetapi jika kita guna berulang kali, baju itu sendiri akan menjadi berbau walaupun kita pakai bukan dalam keadaan berpeluh.

Bau badan ini mungkin sukar untuk buat dia hilang terus, tetapi jika anda merawat dengan seeloknya, sudah tentu baunya akan berkurangan dan tidak terlalu bau sangat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen