Bila Pasangan Berjauhan, Sudah Tentu Hati Akan Gundah Gulana... Jangan Risau, Sama-Sama Kita Amalkan Doa Ini Agar Kekasih Selalu Merindui Kita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila pasangan pergi jauh je hati mula bimbang dan risau. Risaulah kalau-kalau pasangan kita itu berlaku curang dibelakang kita. Bahkan takut juga kalau-kalau ada orang yang datang mengoda mereka ini. Siapa yang tak sayangkan kekasih hati bukan?

Walaupun sudah berpesan macam-macam malah meletakkan syarat yang pelbagai tetapi rasa bimbang itu tetap sahaja akan menguasinya dengan menyeluruh. Jadi, buat anda yang rasa rasa takut atau cemas, jika pasangan atau kekasih anda jauh dengan diri anda, curang dengan anda. Anda boleh mengamalkan satu doa agar kekasih sentiasa merindui anda di sini.



InsyaAllah, pasangan kekasih atau pasangan anda tidak akan curang kerana dia akan selalu merindui dan ingat akan anda di sini.



Inilah doa amalan agar selalu dirindui oleh pasangan atau kekasih, baca doa ayat al-Quran agar kekasih rindu pada kita:

Yuhub bu nahum kahub billah wal lazi na amanu asyaddu hubba lillah
Zuyyi lin nasi hubbusyh shahwati minan nisai wal bani na wal qanar tiril muqantharah

Baca satu atau dua ayat di atas setiap hari. Pembacaan dua huruf ini juga boleh digunakan untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Seperti kawan-kawan kita yang akan rasa rindu dengan kita di sini, dan juga ayat ini sangat baik untuk pasangan yang sudah berkahwin, iaitu suami dan isteri.

Kedua-dua potongan ayat di atas adalah gabungan ayat Al-Baqarah ayat 165 dan Ali Imran ayat 14, kedua ayat ini mempunyai manfaat untuk membuat pasangan atau kekasih agar selalu merindukan kita di sini.











Bagaimana untuk mengamalkan dua ayat diatas ?

Sebelum membaca dua potongan ayat diatas, niatkan kepada siapa amalan doa itu anda tujukan, misalnya untuk suami, isteri, anak, ataupun sahabat anda. Yang penting, niat anda kepada seseorang tersebut dan sebutkan nama lengkap dia, sebagai contoh: Aku niat untuk membaca surat Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali Imran ayat 14 ini supaya suami saya (ahmad bin ahmad) semakin sayang, semakin cinta dan selalu rindu kepada saya karena Allah Ta’ala. Bacalah hingga 10 kali setiap sehabis solat subuh dan maghrib secara rutin.

Amalan doa dua ayat diatas boleh juga dibaca 1 kali saja. Akan tetapi lebih bagus apabila dibaca secara berulang-ulang kali, serta anda harus yakin dan istiqamah. InsyaAllah, tujuan anda itu akan tercapai dan dikabulkan oleh Allah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen