"Buka Hati Pada Yang Sudi, Jangan Mengejar Pada Yang Tak Sudi..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini nak yang kaya je…

Orang perempuan ini nak yang ada rupa je…

Selalu bukan kita dengar kata-kata seperti ini dari mulut-mulut lelaki. Apabila mereka kena reject seorang perempuan terus sahaja claim bahawa semua perempuan sebegitu, sedangkan tidak semua wanita sebegitu.

Boleh jadi anda yang terlalu tinggi angan-angan untuk memiliki seseorang yang tidak sepatutnya bersama anda. Bak kata pepatah, “enggang sama enggang, pipit sama pipt”. Itu sepatutnya kita simpan dalam diri kita.



Kadang kala kita kena lihat siapa diri kita, layak ke kita dengan dirinya?

Sepadan ke kita dengannya?

Nak ke dia dekat kita?

Boleh jadi kita yang jual mahal sebelum ini dengan orang lain. Ada orang yang mahukan diri kita tapi kita menolak dirinya. Sekarang ini giliran kita pula yang kena, tapi kita tak terima malah melenting pula.

Tidak semua orang perempuan ini memandang harta, ataupun rupa. Ada sahaja yang memandang hati tetapi kita sahaja yang buat tak peduli.

Begitu juga dengan orang lelaki, tak semuanya memandang rupa ataupun harta, boleh sahaja kita yang tidak nampak kebaikan yang ada.



Bila datang seseorang yang betul-betul mahukan kita, terima kita seadanya, kita tidak kisah malah sibuk mengejar seseorang yang tidak menghargai diri kita ini. Nampak tak sikap kita ini, bukan menghargai seseorang tetapi lebih memandang yang jauh berbanding yang didepan mata.

Orang kata semut diseberang kita nampak, tapi gajah depan mata kita buat-buat tak nampak. Itulah yang selalunya terjadi.



Mungkin dia tidak selawa yang kita inginkan, bukan juga terdiri daripada gadis impian tetapi dia adalah orang yang sanggup susah senang dengan kita. Rasanya tak salah kalau kita ini cuba membuka pintu hati kita ini kepadanya.

Jangan sibuk dengan orang yang tidak mahu, sedangkan ramai lagi yang mahu dan menginginkan kita.

Cuba sesekali kita menghargai apa yang ada bukan mengejar apa yang tiada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen