Hari Ini Adalah Hari Pertama Aku, Selepas Kau Pergi Tinggalkan Aku...

Oleh: Zuzu Yasmine

Begitu banyak kenaangan tercipta denganmu,

Sehingga membuat aku tak ingin tidur, mahu terus tersenyum berasa di sampingmu,

Sudah banyak negeri asing yang kita teroka bersama dulu,

Langsung tak pernah kau berkata penat melayan kerenahku,



Membuat kejutan demi kejutan itu adalah kamu,

Yang tak pernah sesekali biarkan aku pulang dengan airmata itulah kamu,



Yang tak pernah menengking malahan memujuk untuk berbincang itulah caramu,

Sering membuatkan aku berkhayal bahawa akulah bakal isteri bertuah itu,

Milikimu sebagai teman amat bermakna buatku,

Acapkali airmata yang sering bertakung di kolam mata ini diseka olehmu,

Tidak pernah sempat ia tumpah hanya kerana kau sentiasa membelaku,

Namun itu dulu….

Waktu hubungan kita masih aman tanpa dia si baru,

Kini setelah dia hadir meski bermula dari bucu,

Hidupmu mula berubah termasuk layanan terhadapku,

Kau seakan lebih erat dengannya berbandingku,

Awalnya dirahsiakan tanpa pengetahuanku sehinggalah semuanya terbukti di depan mataku,



Rapuhnya hati seorang wanita melihat bakal imamnya kini berjalan bersama insan baru,

Tanpa ucapan aku berlalu meninggalkan jasadmu di situ,

Tergamamnya kau waktu itu masih terbayang sehingga kini di mataku,

Mungkin tidak sangka bakal ditemukan denganku ketika itu,

Aku atur langkah yang kian longlai sehingga tiba diteratakku,

Ku hempas segala takungan airmata yang dari tadi terbenam kaku,

Aku doakan kau berbahagia selalu,

Hari ini adalah hari pertama aku membuka tirai selepas kau pergi tinggalkanku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen