Jangan Risau Kalau Masih Single, Jodoh Itu Pasti Bertemu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kepada yang maish tercari-cari akan pasangan hidup, sabar. Jodoh untuk anda itu ada, jangan terlalu bersedih atau terlalu terburu-buru dalam mengejar cinta hati itu. Sampai masa nanti akan ada seseorang yang bakal mendekati anda untuk menghalalkan anda ataupun mengajak anda berkahwin. Jangan bimbang saat yang tepat itu pasti akan tiba jua.



Kerana, Allah telah menyediakan seseorang yang tepat untuk anda melengkapi hidup anda di dunia ini. Cuma yang membezakannya sama ada dia cepat atau lambat sahaja.

“Dan, segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah).” (QS Adz-Dzariyat [51]: 49).

Buat masa ini jangan pernah mengalah dalam mencari pasangan. Walaupun berkali-kali mencuba mencari pasangan dan ditolak, tentu sahaja bukan satu perkara yang mudah. Terus menunggu dan berusaha mencari seseorang yang tepat buat anda.


Namun dalam menunggu itu, jangan pula anda lupa untuk melakukan persiapan diri, cuba untuk kumpulkan keberanian, persediaan malah amalkan perkara yang sepatutnya agar anda menjadi pasangan yang mudah dibimbang dan memberi bimbangan.



Di samping itu juga, jangan lupa untuk terus menerus berfikiran positif, kerana ia akan membantu anda berasa lebih tenang dan jauh dari segala kebimbangan. Orang single ini kena selalu happy dbarulah wajah lebih berseri dan membuat orang tertarik untuk mendekati.

Jangan risau bab jodoh ini, tunggu tiba waktu terbaik malah jangan lupa untuk seriringkan ia dengan doa serta usaha yang melebihi. Jadilah yang terbaik ketika menunggu di ruang tunggu sehingga pintu itu diketuk oleh seseorang yang tepat buat diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen