Suami Soleh Siapa Yang Tak Mahu, Tapi Nak Dapatnya Anda Perlulah...

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu sahaja mempunyai satu perasaan di dalam diri mereka. Di mana perasaan ingin dicintai, ingin disayangi serta ingin dilindungi oleh insan yang mereka sayangi. Bukan hanya itu sahaja, setiap orang tentu sahaja meletakkan satu harapan yang tinggi terhadap jodoh nanti, di mana berharap bahawa dirinya seorang yang baik, soleh serta mampu melindungi.

Pernahkah kalian mendengar bahawa, cinta yang tersekat itu nikmatnya sangat hebat. Cinta yang tersekat itu dimaksudkan adalah cinta yang diluahkan kepada Allah bukan kepada orang yang anda tersuka.



Sebagai contoh, anda menyukai seseorang tetapi anda tidak meluahkan kepadanya, hanya yang tahu adalah Allah sahaja. Di mana anda meluahkannya di setiap dalam doa anda.

Anda tidak cuba tunjukkan kepadanya bahawa anda menyukainya, tiada cubaan untuk mendekati tetapi hanya luahkan melalui doa sahaja. Jangan bimbang, jika Allah mendengar doa-doa anda lambat atau cepat dirinya jugalah yang akan menjadi jodoh anda.

Setiap orang mempunyai kriteria dalam mencari calon, sudah tentulah nak yang baik, soleh atau solehah, bertolak ansur, penuh kasih sayang serta hormat orang tua. Tapi macam mana nak miliki pasangan sebegini?



Selain daripada berdoa dan berharap agar pasangan anda seperti ini, anda juga perlu berusaha untuk menjadi sepert ini.

Untuk mendapatkan yang soleh, maka kamu jadilah yang solehah.

Untuk mendapatkan yang baik, maka kamu jadilah yang baik.

Allah akan balas segala usaha anda untuk menjadi seseorang yang baik dengan memberikan orang yang baik sebagai pasangan hidup anda kelak. Jangan terlalu memikirkan mengenai jodoh, tetapi lebih memikirkan untuk menjadi insan yang baik di dunia ini.



Pada ketika ini, cuba fikir bagaimana nak jaga diri anda agar menjadi lebih baik. Kalau ada buat maksiat segera bertaubat, berusaha tinggalkan. Macam mana nak jaga solat, aurat dan pergaulan. Allah tak akan sia-siakan usaha anda untuk menjadi yang baik dengan menyediakan seseorang yang sama seperti anda juga.

Di mana jika anda menjaga diri, maka dia pun sedang menjaga dirinya.

Jika terlalu memikirkan jodoh itu membuat anda stress dan tertekan, maka curilah peluang ini untuk menjadi insan yang lebih baik serta hamba Allah yang mengingatinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen