Terjerat Dalam 'Fake Love', Hati-Hati... Ini Tanda Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalinkan hubungan bukanlah satu perkara yang mudah, nak-nak lagi jika nak berjuang ke rah yang halal. Memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui terlebih dahulu barulah hubungan menjadi seperti yang dimahukan. Tapi itu pun, kalau masing-masing bijak dalam menguruskannya.

Namun kerana terlalu lama bersama, sehingga anda sendiri tidak tahu bahawa anda telah terjerat akan hubungan yang tidak sepatutnya. Boleh jadi anda terlibat dalam hubungan yang sekadar janji-janji manismu, ataupun hubungan yang saling menyakiti sahaja.



Selama mana hubungan yang terbina itu, bukan satu jaminan bahawa hubungan tersebut mampu menjadi yang halal. Malah boleh jadi ia sekadar persinggahan yang membawa kepada satu pengajaran dalam hidup.

Nak tahu bahawa hubungan anda itu fake love ataupun tidak?

1. Saling menyembunyikan kelemahan dan berpura-pura bahagia.

Merasakan hubungan anda itu tiada masalah pun, sedangkan masing-maisng tidak menujukkan siapa diri mereka yang sebenar. Anda menujukkan bahawa anda cinta akan dirinya, namun itu semua tidak menjamin apa-apa kerana anda hanya berpura-pura untuk merasa bahagia sedangkan dalam hati bergelora kerana sikap pasangan.



2. Ingin putuskan hubungan, tetapi tetap cuba meperbaiki dan mempertahankan.

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja anda menamatkan hubungan yang ada kerana merasakan hubungan tersebut tidak akan ke mana, namun kerana sikap dirinya yang sentiasa berusaha membuatkan anda cuba untuk mempertahankan hubungan tersebut. Anda sebenarnya tiada hati pada dirinya lagi.

3. Berubah demi pasangan, sehingga anda sendiri pun keliru.

Pasangan anda adalah orang yang perlu terima baik buruk anda, bukannya seseorang yang akan mengubah diri anda. Namun, kerana perasaan sayang dan takut kehilangan anda sanggup berubah demi dirinya sehingga anda sendiri tidak mengenali diri anda.



4. Lebih mencintai pasangan berbanding diri sendiri.

Mencintai pasangan itu perlu tetapi mencintai diri sendiri itu adalah keutamaan. Jangan disebabkan rasa sayang dan takut kehilangan membuatkan anda memilih untuk mengabaikan diri anda walaupun anda terasa sakitnya. Jika sama-sama lebih mengutamakan pasangan, boleh jadi kalian tidak tahu bagaimana mencintai diri sendiri dahulu.

5. Ingin dibahagiakan bukan membahagiakan.

Jika anda berharap bahawa pasangan anda itu hanya mahu rasa bahagia malah tidak tahu membahagiakan diri anda, maka dia tidak tulus mencintai anda. Boleh jadi sahaja anda ini sekadar hubungan bukannya mahu dijadikan suami ataupun isterinya.

Jangan begitu mudah terlibat dengan cinta palsu, sedangkan cinta sejati sedang menanti anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen