Cinta Itu Bukanlah Segalanya, Tapi Mencintai Seseorang Itu Tidak Akan Melakukan Hal Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta… semua orang dahagakan rasanya. Bila memilikinya takut untuk kehilangan pula. Bila rasa cinta sudah tawar, begitu mudah untuk dilemparkan.

Sesetengah orang anggap cinta itu pengorbanan, ada juga yang menganggap cinta itu melengkapi. Bagi anda cinta itu bagaimana?



Setiap orang berlumba-lumba mengejar cinta manusia tetapi cinta yang kekal hakiki begitu mudah dilupakan. Walaupun cinta manusia itu sakit dan memeritkan tetapi semua orang masih mahu cinta dalam hidup mereka. Dalam kita mencari cinta itu, jangan dilupa akan cinta hakiki.

Namun dalam mencari cinta manusia itu, jangan menjadi buta dan pekak hanya kerana cinta. Boleh jadi anda menganggapnya itu adalah cinta yang anda cari selama ini tetapi itu hanya cinta berdasarkan nafsu dan keinginan semata-mata.

Malah boleh jadi juga, cinta yang anda kejar itu hanya akan menyakitkan dan melukakan diri anda sahaja.

Nak tahu cinta itu sebenarnya macam mana,



1. Tidak akan mengubah pasangan menjadi yang dimahukan.

Terima siapa pasangan itu, jika lihat yang buruk maka perbaikinya tetapi jika lihat yang baik senang mengikutinya. Cinta yang sebenar tidak akan mengubah siapa pasangan itu, tetapi lebih menerima baik buruknya pasangan itu.
Menerima siapa diri pasangan itu adalah cinta yang sebenar. Bukannya, menjadikan pasangan itu seperti yang dia mahukan.

2. Cinta itu bukan melahirkan pasangan yang sempurna.

Selalu anda lihat pasangan akan sempurna jika bersama, namun cinta itu bukan melahirkan kesempurnaan tetapi lebih untuk saling melengkapi pasangan. Setiap keburukan pasangan itu adalah kelebihan buat diri anda, begitu juga sebaliknya.

Jangan mengharap sesuatu yang sempurna kerana di dunia ini tiada yang sempurna melainkan Allah swt.



3. Cinta itu bukan sekadar nafsu semata-mata.

Anda mencintai seseorang bukan kerana anda inginkan sesuatu darinya tetapi lebih kepada apa yang anda mahu lakukan buat dirinya. Cinta ini bukan peluang untuk ambil kesempatan tetapi ia adalah bimbingan untuk perkara yang baik-baik.

Jangan risau kalau masih tercari-cari cinta sejati, mungkin hari ini masih tak ditemui lagi. Tapi apabila anda mencari cinta Allah tentu sahaja cinta manusia itu akan didapati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen