Curiga Dengan Sikapnya, Ini 5 Tanda Bahawa Anda Itu Pilihan Bukannya Keutamaan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak cari pasangan hidup ini tentulah kena berhati-hati, bukan apa takut ada yang berniat tak baik serta mempermainkan kita sahaja nanti. Mungkin niat kita betul-betul ingin mencari teman hidup tapi takut pula akan ada yang akan ambil kesempatan atas niat baik kita itu.


Kadang kala, anda betul-betul dah percaya bahawa dia itu mahukan anda tetapi rupanya anda itu sekadar pilihan sahaja. Apa yang lebih membimbangkan adalah mereka ini mengambil kesempatan untuk curang dengan isteri atau pasangan mereka. Itu yang merisaukan sebenarnya.

Sebab itu, sebelum nak bagi harapan, percaya segala janji manis malah nak betul-betul yakin dengan seseorang anda perlu perhatikan dahulu gerak gerinya. Cuba lihat 5 perkara ini dahulu.

1. Sentiasa sembunyi-sembunyi.

Bukan main sorok-sorok tetapi dia takut terkantoi perbuatannya daripada pasangannya. Biasanya mereka ini akan bagi alasan sibuklah, tertidurlah, tak perasaan dan pelbagai lagi. Nak-nak selepas waktu kerja. Kalau waktu kerja dirinya bukan main ada masa untuk melayani anda. Haa, ini dinamakan cuba sembunyikan perbuatan dirinya.



2. Terlalu banyak memuji.

Sebabkan nak jaga hati anda, maka dia banyaklah memberi pujian agar anda cair dengan dirinya. Mudah sangat nak kata anda memahaminya, baik, cantik serta menarik hatinya. Apabila seseorang melakukan perkara ini, tandanya inilah kekurangan pasangannya yang membuatkan ada orang ketiga dalam hubungan mereka. Cuba hati-hati bila dia selalu kata begini.

3. Suka berkongsi masalah.

Setiap masalah dirinya akan luahkan kepada anda, sepertinya dia selesa untuk berkongsi setiap masalahnya dengan anda. Namun masalah yang macam mana dia kongsi? Kalau masalah seperti melibatkan perhubungan tentu sahaja dia sedang ada masalah dengan pasangannya sendiri.



4. Sembunyikan telefon bimbit.

Bila berjumpa dengan anda, dia lebih untuk sembunyikan telefon bimbitnya. Malah jangan terkejut kalau dia meletakkan mood silent apabila bersama anda. Haaa… itu tandanya dia takut kalau terkantoi.

5. Sosial media yang tak aktif.

Biasanya orang yang berlaku curang ini jarang sekali memuat naik gambar dirinya atau pasangnnya. Ini kerana, dia takut kalau-kalau memuat naik sesuatu di media sosial akan kantoikan dirinya sendiri. Sebab itu, gambar anda pun dia tak pernah muat naik di media sosial.

Wanita biasanya lebih terdedah akan penipuan sebegini, ini kerana mereka lebih mudah percaya malah kurang peka akan perkara ini. Tak hanya itu sahaja, lelakikan boleh berkahwin lebih dari satu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen