Hanya Sebab Dia Bagi Attention Pada Anda, Tak Bermakna Dia Suka Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Secara fitrahnya wanita adalah insan yang perlukan perlindungan. Wanita juga dikatakan sukakan perhatian dan kasih sayang lebih-lebih lagi daripada lelaki. Jika ada lelaki menunjukkan perhatian dan bersifat ‘caring’ terhadap wanita, pastinya mudah untuk mencairkan hati wanita itu.



Namun kebanyakan kes yang berlaku kini adalah apabila terlalu banyak pengharapan yang diberi oleh lelaki sehingga menyebabkan kekecewaan yang parah pada wanita. Ini kerana lelaki suka menujukkan perhatiannya kepada mana-mana wanita yang diinginkan, meski tiada niat untuk menghalalkan. Jadi, sebagai wanita yang sememangnya dahagakan perhatian dan kasih sayang, terlalu mudah menaruh harapan dan yakin bahawa lelaki itu adalah yang terbaik, lelaki itu akan menikahinya, dan sebagainya.



Adakala lelaki bukanlah terlalu cepat ingin mendirikan rumahtangga. Mereka kebanyakannya menguji wanita-wanita yang ditemui untuk memilih yang terbaik di antara mereka. Namun ada juga yang bermulut manis iaitu seolah-olah memberi harapan meski sebenarnya tidak mempunyai apa-apa niat dan perasaan terhadap perempuan tersebut.



Jadi, sebagai wanita, anda jangan terlalu mudah untuk membuat rumusan tentang perhubungan. Maksudnya di sini, jangan terlalu yakin bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda hanya kerana dia bersifat ‘caring’ dan sering memberi perhatian terhadap anda. Adakala mereka hanya menganggap wanita sebagai kawan sahaja, namun wanita menganggap hubungan itu sebagai kekasih. Jadi, jika perkara sebegini berlaku, pihak yang akan kecewa adalah wanita.

Bersederhanalah dalam melakukan apa pun. Bimbang nanti merana diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen