Jangan Tanya Kenapa Aku Diam, Kadang Aku Diam Sebab Dah Penat Nak Bergaduh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap perhubungan pasti ada pahit manisnya, adakala dilanda badai, adakala nyaman dan tenang. Begitulah lumrah dan asam garam bagi sesebuah perhubungan. Mustahil bagi sesebuah perhubungan tanpa pertelingkahan atau selisih faham walau hanya sekali.



Bezanya seberapa kerap pertelingkahan berlaku, bergantung kepada perhubungan masing-masing. Namun jika terlalu kerap itu perlu diperiksa di mana silapnya. Takkan lah hari-hari perlu bergaduh atas sebab yang sama. Jika masih sayangkan hubungan, duduklah berbincang dan mencari punca serta jalan penyelesaian. Jangan sampai satu pihak sudah penat mahu melayan perkara yang sering diulang-ulang yang menyebabkan dia berasa bosan.



Siapa saja yang sanggup bergaduh disebabkan orang lain? Atau disebabkan hal remeh yang berulang kali berlaku? Lama kelamaan akan membuatkan masing-masing bosan dan mula cari yang lain. Jangan pula ketika itu baru nak menyesal dan mengakui kesilapan.



Biasanya wanita lebih mengalah jika hal sebegini berlaku. Jika sekali dua mungkin masih boleh bersabar, tapi jika sudah lebih dari lima kali asyik bergaduh, malas juga nak melayan. Wanita jika sudah melebihi tahapnya, dia akan memilih untuk berdiam daripada bergaduh tentang perkara yang pasti berulang. Kepada lelaki, ketahuilah diamnya seorang wanita bererti dia sudah hampir mengalah dan mencuba. Bila-bila masa sahaja dia boleh angkat kaki dan tinggalkan anda.

Jangan pula jika dia sudah mula diam, anda makin suka mengulangi perkara yang boleh menyebabkan kalian bergaduh. Sepatutnya anda lebih pintar mencuri langkah untuk memujuknya, adalah lebih baik jika seseorang wanita itu berkata-kata atau bising berbanding diam seribu bahawa. Kerana diam itu tersimpan seribu racun yang berbisa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen