Kenapa Umur Dah Meningkat 25 Tahun Ke Atas Baru Sibuk Nak Cari Jodoh, Sebelum Ini Apa Yang Korang Fikirkan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang cakap selepas umur melebihi 25 tahun agar sukar untuk mencari jodoh, betul atau tidak ye? Mana tidaknya, masa ini setiap dari anda sudah tentu sibuk dengan kerja, sehinggakan tiada masa untuk mencari pasangan hidup.

Ini kerana, pada waktu umur ini anda akan mula menyimpan seseorang yang penting dan berharga buat anda dan membuang mereka-mereka yang tidak penting. Saat inilah orang merasakan kuantiti lebih penting berbanding kualiti.



Kenapa apabila kalian sudah berusia 25 tahun dan ke atas baru memikirkan bahawa jodoh itu tersangat penting untuk dicari dan ketika inilah saat anda mula terburu-buru dalam mencari jodoh. Kenapa tidak ketika anda berusia sebelum 25 tahun?

Mungkin ini antara sebabnya;

1. Sibuk dengan belajar.

Sesetengah dari anda mungkin ada yang sibuk mengejar cita-cita sehingga lupa untuk menyimpan perasaan dengan lebih awal. Kalau diikutkan, ada sahaja mereka yang berminat dengan diri anda, namun anda merasakan tanggungjawab untuk menyelesaikan pengajian itu adalah lebih penting berbanding dengan sibuk bercinta.



2. Merasakan masih muda.

Bila sudah masuk umur 25 tahun ini, lagi beberapa tahun menjelang 30 tahun. Jadi tentu anda merasakan bahawa saat ini anda akan semakin menua. Sebelum ini anda tidak merasakan perkara ini kerana merasakan anda masih muda untuk memikul tanggungjawab, tapi sekarang baru anda menyedarinya.

3. Masa untuk enjoy.

Ramai yang merasakan disaat muda ini adalah masa untuk kita merasai keseronokan dan kegembiraan bersama teman, jadi bab-bab kahwin ini boleh ditangguhkan. Terutama orang lelaki, ramai yang lebih memilih untuk berkahwin agak lambat berbanding untuk berkahwin ketika mereka masih muda lagi.



4. Dihalang oleh ibu bapa.

Apa yang paling jelas adalah, ramai ibu bapa yang kurang bersetuju bahawa anak mereka ini berkahwin awal, itu yang membuatkan anda malas untuk mencari. Tapi bila umur semakin meningkat, mereka pula bimbang yang anda tak kahwin-kahwin lagi.

Ini adalah sebab mengapa anda masih belum berkahwin saat ini. Namun jangan bimbang, apabila anda sudah berusia 25 tahun ke atas anda akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan matang dalam perhubungan nanti.

Jadi kahwin awal atau kahwin lambat itu adalah rezeki masing-masing!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen