Pening Kepala Nak Pilih MUA Yang Mana, Bakal Pengantin Kena Peka Akan Perkara Ini Kalau Nak MUA Yang Mahal.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila lakukan persiapan majlis perkahwinan, tentu sahaja pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Nak-nak lagi persiapan utama seperti pelamin, baju pengantin, makeup serta jamuan untuk orang ramai. Hal-hal macam ini biasanya lagi 7 atau 8 bulan telah mula ditetapkan. Mungkin akan ada rasa ia begitu lama namun, jika anda memilih tarikh cuti umum tempahan perlu dilakukan segera, kalau tak nanti kena tunda tarikh pula.



Selalunya masa nak pilih jamuan mana yang nak dihidangkan para tetamu, warna apa yang sesuai dengan kulit anda, pelamin yang bagaimana berkenan di hati malah nak tempah MUA yang mahal ataupun tidak, tentu sahaja akan mengambil masa yang agak lama dan pelbagai jenis pilihan yang ada.

Kadang kala tentu sahaja akan ada yang tanya, berbaloi ke nak ambil makeup artis yang mahal, ataupun ambil yang biasa-biasa je. Haa… untuk menjawab persoalan ini, apa kata teruskan membaca ini.

Nak pilih Makeup Artis yang mana, mahal atau biasa-biasa je?



Berbaloi kalau ambil yang mahal disebabkan faktor ini.

1. Hasil makeup akan lebih cantik, malah bayaran tinggi adalah kerana ia menepati pasaran kerana kualiti makeup yang bagus.

2. Bila makeup cantik, tentu sahaja nak pandang banyak kali gambar tak akan jemu.

3. Service tentu sahaja akan memuaskan hati kerana lebih banyak pengalaman malah dia tahu apa yang sesuai dengan muka anda.

4. Yang paling penting gunakan produk yang terbaik.

5. Hasil kerja yang lebih teliti kerana hanya fokus satu atau dua tempahan sahaja.

Tak berbaloi kalau anda ambil disebabkan faktor ini;

1. Tak berbaloilah kalau sampai terpaksa berhutang semata-mata nak yang mahal. Kalau bajet tak ada, lebih baik ambil yang bersesuaian je, tak payah nak yang mahal-mahal.

2. Tak berbaloi kalau anda tak tengok dulu hasil kerjanya dan hanya dengar sahaja dia bagus sedangkan sebaliknya. Cuba lihat review dulu sebelum buat tempahan.

Orang kata sebelum buat sesuatu itu lebih baik kita fikir sedalamnya, dan kaji dahulu kemampuan diri sendiri. Jangan sampai nak melawa nak yang bagus serta yang hebat tetapi akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Kalau anda rasa mampu maka pilihlah yang terbaik, kalau sebaliknya, banyak lagi MUA yang mampu milik sekarang ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen