Bila Dapat Bakal Isteri Kaki Shopping Ini Memang Risau, Tapi Cuba Didik Mereka Dengan Perkara Ini Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana wanita apabila diajak untuk bershopping tentu sahaja akan terpancar wajah kegembiraan. Dari lesu dan tak bertenaga terus sahaja bersemangat serta gagah untuk berjalan membeli belah. Inilah ubat terbaik buat seorang wanita apabila dia merajuk, letih ataupun dalam keadaan sedih.

Sanggup berjalan dan pusing satu mall semata-mata ingin melihat semua kedai dan membeli apa yang dirinya mahukan. Selagi tak jumpa apa yang dia inginkan selagi itulah dirinya akan terus ke sana sini di dalam mall tersebut.
Kalau masa bercinta, tentu sahaja anda tidak akan kisah kerana dia akan menggunakan duitnya malah anda hanya sekadar penemannya sahaja. Ataupun, anda tak kisah sebab masa ini masih sayang dan tak rasa ia satu bebanan.



Namun, semuanya akan berbeza apabila selepas kahwin nanti. Di mana, anda sebagai seorang suami akan menjadi ketua keluarga yang mencari nafkah. Kalau isteri shopping sakan sampaikan anda kesempitan wang, tentu sahaja anda tak mahu perkara ini berlaku bukan.

Sebab itu, masa sebelum kahwin lagi kalau boleh jangan terlalu manjakan pasangan dengan sikap shopping yang berlebihan serta pembaziran ini, nanti selepas kahwin anda yang perlu menanggung semuanya.

Kalau yang jenis beli barang biasa-biasa tak apa lah tapi ini yang jenis sukakan barang branded mahu botak kepala anda nanti selepas 5 tahun berkahwin. Bila pasangan anda borod dan suka berbelanja, apa yang perlu anda lakukan adalah;



1. Teman dia untuk shopping.

Teman di sini bukan bermaksud anda setuju dengan setiap pembelian dirinya, akan tetapi lebih untuk menghalang dia. Macam cakap baju itu tak cantik buat dirinya, atau ingatkan dia bahawa dia sudah miliki barang yang sama. Bukan teman shopping tetapi tolong ingatkan setiap barang yang dia miliki.

2. Suruh dirinya kawal.

Kalau anda sayang akan hubungan kalian, tentu anda akan menyuruhnya mengawal sikapnya itu. Mana tidaknya, kalau dibiarkan ia makin selesa. Jadi beri dia pilihan. Contohnya, ‘kalau nak kahwin awal kurangkan shopping’, ‘kalau nak hantaran mahal, kurangkan shopping’.

3. Didik bukan sokong.

Anda perlu didiknya untuk kurangkan keinginannya untuk membeli belah. Jika anda terus menyokong dengan bila merajuk ajak dia beli belah, bila tak tahu nak buat apa, ajak beli belah. Ini semua hanya makin membuat dia rasa ketagihan sahaja.

Masa tengah kenal antara satu sama lain inilah saat anda patut lihat sikapnya begini dan membimbingnya. Ini kerana, selepas kahwin dia adalah tanggungan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen