Aduh, Mana Jodoh Ini Tak Muncul-Muncul... Mungkin Ini Sebab Mengapa Anda Berat Bertemu Dengan Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Panik dan bimbang bila jodoh masih lagi tak kelihatan, itu yang anda rasakan saat sedang berusaha mencari jodoh bukan. Ingatkan dulu nak cari jodoh ini mudah je, rupa-rupanya susah juga nak cari yang berkenan di hati ini.

Sampaikan ada yang hilang keyakinana diri kerana merasakan bahawa diri itu banyak kekurangan. Walaupun tak semua berfikiran sebegitu, tapi ada je segelintir yang akan memikirkan perkara sebegitu.



Setiap orang mahukan berkahwin dan hidup berpasangan, tidak ada sesiapa pun yang terkecuali. Sebenarnya terdapat banyak faktor mengapa jodoh anda masih belum muncul lagi. Boleh jadi ini sebab mengapa jodoh anda berat;

1. Tak berusaha

Kenapa dia masih belum muncul lagi, boleh jadi anda masih lagi kurang usaha. Usaha anda itu tak cukup bersungguh-sungguh lagi untuk membuat jodoh anda itu untuk tidak terus bersembunyi. Boleh jadi juga, niat anda dalam usaha itu yang masih tak jelas dengan apa yang sepatutnya. Boleh jadi anda niat nak cari kekasih bukan nak cari suami atau isteri.



2. Tak berdoa

Dalam setiap harapan, dan usaha yang anda lakukan itu, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah. Ini kerana, dia yang tahu mana yang terbaik buat anda. Ada calon kalau tak berdoa, hubungan boleh putus ditengah jalan, tak ada calon sedang berusaha tapi kalau tak berdoa, tentu sahaja masih tercari-cari. Tapi jangan pula bila berdoa harap besok ditunaikan.

3. Tiada daya penarik

Cuba lihat diri anda, mungkin ada kurang daya penariknya. Itu yang tak ramai sedari akan diri anda. cuba untuk jaga penampilan untuk menjadi lebih baik. Bukannya ubah penampilan untuk tarik perhatian yang melampau. Mungkin kalau anda bertudung singkat, kini bertudung labuh. Yang lelaki pula mungkin kalau berseluar pendek, kini berseluar panjang.



4. Memilih

Semua orang berhak untuk memilih, tapi jangan terlalu memilih. Apa bila anda terlalu memilih, usia akan semakin meningkat dalam anda tak sedar. Itu yang makin lama makin tak ramai pilihan yang ada nanti. Bila rasa sesuai cuba untuk cari keserasian pula.

5. Belum sampai masanya

Jangan terlalu risau akan jodoh ini, sampai masa aka nada jodoh yang tepat buat anda. Orang kata biar lambat asal selamat bukan. Jodoh yang tepat akan datang pada masa yang tepat. Jadi bersabarlah.

Jangan pening-pening kepala fikir pasal jodoh. Nikmati sahaja masa bujang anda ini dengan berbakti terhadap orang tua dan dekatkan diri dengan Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen