Jangan Anggap Isteri Itu Beban, Mereka Ini Lorong Rezeki Para Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah berkahwin, isteri itu akan jadi tanggungjawab suaminya. Di mana, suamilah tempat isteri belindung, berkongsi kisah hati, tempat bermanja serta pelbagai lagi. Suami itulah orang yang paling isteri percaya dalam apa jua keadaan.

Namun begitu, sebagai seorang suami jangan lupa akan tanggungjawab serta amanah yang anda janji kepada ibu bapa isteri anda serta lafaz akad yang anda ucapkan pada hari pernikahan kalian. Jangan mudah untuk merasakan isteri anda itu beban dengan hanya kerana terpaksa memberinya nafkah dan pelindungan.



Isteri ini pembawa rezeki buat suaminya, teramat rugi jika anda merasakan mereka ini beban buat diri anda. Para suami, hadam sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

Jika kita anggap isteri tu bebanan, maka kita akan terbeban...

Sebenarnya isteri bukan bebanan suami, isteri adalah tanggungjawab suami...bila kita berkahwin, Allah bukan membebankan kita orang lelaki yang jadi suami ni untuk menanggung isteri dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan serta perlindungan...

Allah meletakkan isteri dibawah tanggungjawab seorang suami...Allah amanahkan isteri untuk suami jaga...



Jika kita menganggap isteri itu hak kita dan kita boleh buat apa saja terhadapnya seperti mengabaikan dirinya, tidak bertanggungjawab terhadapnya, melukakan hati dan perasaannya, menganiayai dan memukul dirinya, maka disitu kita silap...

Perbuatan kita terhadap isteri itu boleh menyebabkan kita ke neraka...

Sebab Allah tidak mengamanahkan seorang isteri kepada seorang suami untuk didera, dianiaya, dizalimi dan dideritakan...itu bukan tujuan sesebuah perkahwinan dibenarkan, sesebuah hubungan dihalalkan dan sesebuah rumahtangga didirikan...

Kena ingat, isteri tu amanah...bila amanah, maka kita kena jaga dengan baik-baik, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, bagi segala kewajipan yang kita patut bagi kepadanya...baru amanah itu kita pegang dengan sebaiknya dan baru kita boleh masuk syurga...

Jangan sesekali pernah rasa terbeban dengan adanya isteri...isteri bukan bebanan dan jika isteri itu satu bebanan, maka hiduplah sendirian...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen