Eh, Dah Kenapa Tiba-Tiba Dia Jauhkan Diri. Ini Antara Sebab Kenapa Lelaki Mula Jauhi Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini, bila dia diam dan mula jauhkan diri dari anda tentu ada yang tak kena pada dirinya. Mungkin ada masalah kewangan ataupun ada masalah di tempat kerja. Akan tetapi bila ia semakin dingin terhadap hubungan tentu sahaja ia sangat membimbangkan.

Sebagai pasangan, jangan hanya diamkan diri dan perhati sahaja tetapi cuba ambil satu tindakan. Orang lelaki ini bila hubungan sudah hampir 5 tahun dirinya akan mula lain. Lagi-lagi kalau dia sudah pandai nak berahsia.



Nak hubungan yang bahagia dan ceria kena ada kekuatan dari segi komunikasi dan perhatian, jadi bila ditanya dia diam dan tak mahu jawab mungkin akan menambah kebimbangan anda sebagai pasangannya.

Bila pasangan mula diam dan jauhkan diri, ini yang perlu anda tahu.

1. Selalu menyuruhnya

Mungkin anda terlalu menyuruhnya hingga dia terasa hati dengan sikap anda itu. Orang lelaki kan ada ego mereka sendiri, jadi kalau rakan-rakan kata dia takut bini atau kena queen control tentu dia terasa hati. Jadi, dengan cara diam dan menjauhkan diri itu tanda dirinya sedang merajuk. Mungkin jika perkara ini bukan satu masalah besar, apa kata anda lakukan perbincangan dan perbaiki semula sikap suka mengarah anda itu.



2. Rasa kurang diberi perhatian

Boleh jadi anda sudah kurang beri dia perhatian macam masa mula-mula anda kenal dulu. Nak-nak lagi apabila hubungan anda telah lama terbina, jadi akan akan sedikit selesa hingga anda mengabaikan perhatian buat dirinya. Cuba kembali untuk beri perhatian macam masa bercinta dulu.

3. Rasa dipermainkan

Kalau anda rasa dipermainkan tentu terasa hati juga bukan, sama juga dengan lelaki. Apa kata cuba berbincang dan meminta maaf kepadanya jika dia rasa begitu. Kadang kala orang lelaki ini pun mudah terasa dan sensitif juga kadang kala.



4. Penampilan anda tak menarik

Mungkin anda tidak terfikir bahawa ia berkaitan dengan penampilan diri anda. Di mana, anda sudah tidak menjaga penampilan anda lagi. Anda sudah tidak mahu melawa, dan bergaya untuk dirinya. Makin lama kenal, pakaian anda semakin selekeh dan tidak kemas. Tentu sahaja dia sudah tak tertarik.

5. Ada perkara yang mengusik hatinya

Ini paling bahaya sebenarnya, dia senyap dan menjauhkan diri dari anda mungkin hatinya sedang berbelah bagi. Mana tahu ada seseorang yang cuba mengetuk pintu hatinya tanpa pengetahuan anda. Itu yang diam diam dan jauhkan diri dari anda.

Hati pasangan ini kena jaga, jangan sampai dia berubah hati kerana salah anda sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen