Kena Reject Dalam Diam, Ini Tanda Si Dia Sebenarnya Menolak Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala anda mungkin tak sedar bahawa diri anda sudah direject oleh si dia, namun kerana anda suka kepada dirinya, perkara sebegini anda terlepas pandang pula. Bila kena reject ini tak semestinya anda diberitahu, boleh jadi dia akan reject anda melalui perbuatan sahaja.

Tapi kalau anda masih tak faham-faham, boleh jadi dia akan menggunakan kata-kata untuk menolak diri anda. Buat mereka yang menolak anda menggunakan perbuatan ini, mereka masih lagi berlembut dan ingin menjaga hati anda. Adalah lebih baik kalau anda segera sedar sebelum malu sendiri.


Tak salah nak cuba untuk membuat dirinya suka akan anda tetapi jangan sampai timbul rasa rimas pula.

Berikut adalah cara reject tanpa menggunakan kata-kata.

1. Buat janji tapi tak jadi-jadi.

Janji nak jumpa, janji nak itu, janji nak ini tapi satu habuk pun taka da. Semuanya sekadar janji yang tak tertunai oleh dirinya. Walaupun anda merajuk tetapi tetap sama janji juga yang akan dibalas kepada anda. Haa… kalau ini boleh nampak dah dia tak serius dengan anda.

2. Miliki seribu alasan.

Bila ditanya kenapa tak jawab call, tak balas mesej, tak tunai janji, tentu akan ada sahaja alasan yang akan diberikan kepada anda. Setiap alasan itu tentu satu yang kukuh hingga anda tak boleh pertikaikan. Banyak sebab yang membuatkan anda terus percaya kepadanya.



3. Tak kenalkan pada rakan-rakan.

Paling jelas adalah dia tak kenalkan anda pada rakan-rakannya. Kalau kenalkan pun dia akan cakap sekadar kawan je, tak lebih pun. Haa… kan dia kata anda rakan bukannya seseorang yang istimewa dalam hidup anda.



4. Masih aktif dalam laman cari jodoh.

Kalau kalian berkenalan dalam laman mencari jodoh, tentu sahaja dia akan kekal aktif walaupun telah janji bulan dan bintang kepada anda. Kalau macam ini, memang nampak lah dia ini sebenarnya masih mencari yang lain bukannya serius dengan anda.

5. Tak balas pesanan secara sengaja.

Bila nampak pesanan anda terus offline, malah ada juga yang abaikan sahaja tanpa membalasnya. Kalau dah macam ini, boleh nampak dah dia ini dudah reject anda. Walaupun pelbagai usaha yang anda berikan tapi kalau dia tak nak, mana boleh jadi bukan.

Jadi bila dah kena macam ini, segeralah anda beralih kepada orang lain pula. Nak tunggu apa lagi bukan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen