Jangan Takut Nak Tunaikan Apa Isteri Inginkan, Balasanya Boleh Jadi Berganda-Ganda Dari Nilai Yang Dikeluarkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita yang pergi mencari rezeki, kita takut sangat nak habiskan duit kita untuk orang lain. Maka dengan itu, duit yang diberikan kepada isteri hanya cukup sekadar untuk cukup-cukup makan sahaja, sedangkan sebagai seorang suami banyak tanggungjawab yang suami kena tanggung terhadap isteri dan anak-anak.

Perasan tak orang lelaki, kalau isteri dan anak nak apa selalu tak ada duit tapi kalau utamakan kemahuan diri tentu-tentu ada duit. Suami-suami jangan berkira dengan anak isteri. Rezeki yang suami perolehi itu boleh jadi kerana anda menumpang rezeki anak dan isteri anda.



Jangan berkira dengan mereka, sebaliknya sentiasa bermurah hati dan tunaikan keinginan mereka. Macam nasihat daripada Firdaus Shakirin ini.



"Nak makan apapun, beli...teringin apapun, beli...duit boleh cari..."

Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni...saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bgtau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli...tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain...

Kalau tak beli bulan ni, bulan depan...kalau tak bulan depan, bulan satu lagi...

Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dengan anak isteri sendiri...? Duit kita semakin bertambah...? Kita semakin kaya...?

Sama ja pun...duit habis macam tu jugak...lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis...

Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, takpe pulak...? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, takpe pulak...? Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak...?



Suami jenis yang macam mana kita ni...

Jangan terlalu berkira dengan anak isteri...apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka...boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri...cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan...

Nak percaya atau tak, terserahlah...dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen