Mimpi Itu Sekadar Mainan Tidur, Tapi Kalau Kerap Kali Mimpi Perkara Yang Buruk Tentu Meletihkan. Baca Doa Ini Untuk Elak Diganggu Mimpi Buruk Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini kerap sangat perkara-perkara yang tak menyeronokkan datang mengganggu tidur anda. Di mana, ada yang kata bermimpi bekas kekasih lah, ada yang kerap mimpi dipatuk ular lah sebab ada orang nak datang masuk minang dan macam-macam lagi mimpi yang mengganggu tidur yang lena.

Bukan itu sahaja, ada yang percaya bahawa mimpi itu adalah satu petanda yang bakal berlaku dalam hidup mereka sedangkan ia adalah satu mainan tidur dan ia datangnya dari syaitan.



Para ahli dan ilmuan menyifatkan mimpi sebagai sesuatu yang unik kerana ia hadir dari minda dan pemikiran seseorang. Ia bermaksud, segala apa yang pernah difikirkan itu yang akan hadir dalam mimpi.

Malah, menurut beberapa pakar lagi, jika mimpi itu merupakan sebuah mimpi buruk, ia adalah kerana refleksi daripada minda kita yang cuba mendapatkannya setelah gagal diperoleh di dunia nyata. Sebagai contoh, jika anda bermimpi kawan anda meninggal dunia, ia mungkin di dunia nyata anda pernah membencinya dan mengharapkan bahawa dia tidak pernah wujud dalam hidup anda.



Begitu juga jika mimpi yang baik. Semuanya adalah refleksi daripada pemikiran dan isyarat yang dihantar oleh perlakuan kepada minda anda.

Apa Kata Islam Mengenai Mimpi

Walau bagaimanapun, menurut jumhur ulama’ mimpi boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu mimpi yang baik dan benar, mimpi akibat daripada permainan syaitan dan dengan tujuan yang menakutkan serta jenis yang ketiga ialah mimpi yang datangnya daripada kehidupan nyata.

إِنَّ الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ : مِنْهَا أَهَاوِيلُ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ بِهَا ابْنَ آدَمَ ، وَمِنْهَا مَا يَهُمُّ بِهِ الرَّجُلُ فِي يَقَظَتِهِ ، فَيَرَاهُ فِي مَنَامِهِ ، وَمِنْهَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

Maksud: “Mimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3907)

Mimpi itu merupakan rahsia Allah kepada hambaNya yang tidak dapat dirungkai dengan akal manusia. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai dalil yang membuktikan bahawa Allah tidak menghadirkan mimpi secara sia-sia dan ia juga merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah.



Walau bagaimanapun, jika kita mengalami mimpi yang buruk sehingga boleh menjejaskan kualiti tidur, Rasulullah menganjurkan umatnya untuk membaca sebuah doa kerana mimpi yang sedemikian ialah datangnya dari syaitan sebagai gangguan.

إِنَّمَا النَّجْوَىٰ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئًا إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Mafhum: “Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikit pun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.” (Surah Al-Mujadalah, 58:10)

Oleh itu, jika anda terbangun dari tidur disebabkan oleh gangguan mimpi yang buruk dan kurang menyenangkan, bacalah doa ini sebagai penghalang dan untuk menghindarkan dari terus diganggu serta boleh tidur dengan tenang.

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlidungan kepada Engkau dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk.”

Doa ini juga dikatakan boleh dibaca sebelum tidur, iaitu sekali dengan doa sebelum tidur.

Jumhur ulama’ juga berpendapat bahawa, Rasulullah SAW apabila didatangi mimpi yang buruk, Baginda akan bangun membasuh kaki serta menukar kedudukan tidurnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen