Masalah Kaki Berbau, Tak Akan Nak Tunggu Kena Tegur Dengan Bakal Isteri. Cuba Atasi Dengan Bahan Semualjadi Ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin akan ada orang yang menganggap bahawa masalah kaki berbau ini bukan satu perkara yang besar. Yelah, mana ada orang nak bau kaki bukan. Namun begitu, ia bukan asbab untuk anda tidak menangani masalah ini. Kalau dibiarkan lama-lama mungkin ia akan menjadi bau yang sangat teruk.

Nak-nak lagi jika sebelum ini pasangan anda tak tahu pun yang anda itu ada masalah kaki berbau. Jadinya kalau selepas kahwin tak akan nak biarkan pasangan anda tahu, lagi-lagi kalau masih bergelar pengantin baru.



Tentu malu bukan dekat pasangan nanti, mana taknya bau ini bukan anda sahaja yang akan bau, malah pasangan anda juga. Jadi macam mana nak atasi masalah ini?

Berikut adalah petua mengatasi kaki berbau menggunakan bahan semulajadi dan mudah untuk anda lakukan di rumah.

1. Rendam dalam air garam

Isikan satu baldi besar dengan air suam masukkan antara ½ hingga satu cawan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu.

Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.



2. Rendam dengan cuka

Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu.

Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.

3. Guna air rebusan teh

Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu.

Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk meyerap semua bauan yang tidak menyenangkan!

4. Pakai stokin yang sesuai

Sebaiknya pakai stokin yang diperbuat daripada nilon dan kapas. Stokin nilon memerangkap perpeluhan di kaki manakala stokin kapas pula memberi ruang bernafas.

Jika anda seorang yang kuat berpeluh terutamanya di bahagian kaki, digalakkan untuk membawa extra stokin dalam beg. Mudah untuk anda menukar stokin apabila berpeluh dengan banyak.



5. Sembur bahagian dalam kasut

Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria.

Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.

6. Tabur tepung jagung

Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen