Tak Akan Nak Biarkan Je Kuku Bertukar Warna Menjadi Biru. Jangan Pandang Remeh, Ini Anda Kena Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya orang tak akan pandang serius pun mengenai kuku ini. Hal ini kerana, jarang sekali dengar pasal penyakit kuku bukan selain daripada cagu. Akan tetapi ramai yang tak tahu bahawa warna kuku itu juga berkaitan dengan kesihatan seseorang.

Cuba lihat kuku pasangan anda dan juga kuku anda. Ada warna kebiruan tak? Kalau ada, segera ambil tindakan berjaga-jaga. Kalau boleh terus buat pemeriksaan keshihatan.


Kenapa kuku berubah menjadi biru?

Kuku menjadi biru disebabkan oleh rendahnya kadar atau kekurangan sirkulasi oksigen dalam sel darah merah anda. Keadaan ini dikenali sebagai sianosis. Hal ini terjadi ketika tidak mendapat oksigen yang cukup pada darah anda, menyebabkan kulit atau membran di bawah kulit anda berubah warna menjadi biru keunguan.



Suhu yang sejuk juga dapat menyebabkan kuku anda berubah menjadi biru. Hal ini kerana suhu sejuk memaksa pembuluh darah untuk mengerut. Salur darah yang menyempit menyukarkan darah untuk membawa hemoglobin bersama oksigen untuk disalurkan ke kuku anda.

Jika warna kuku kembali normal selepas pemanasan atau mengurut tangan anda, warna biru tadi kemungkinan kerana baghaian tubuh anda tidak mendapatkan bekalan darah yang cukup kerana suhu sejuk. Kuku biru kerana suhu sejuk merupakan respon normal oleh tubuh untuk menjaga organ dalaman supaya berada pada suhu yang tepat.



Penyebab Kuku Menjadi Biru

Perubahan warna kuku menjadi biru disebabkan oleh masalah pada paru-paru, jantung, sel darah atau pembuluh darah. Berikut adalah beberapa keadaan yang dapat menyebabkan sianosis:

Penyakit paru-paru seperti COPD, asma, sindrom Acute Respiratory Distress, Pneumonia, Pulmonary Embolism (gumpalan darah dalam paru-paru).

Penyakit jantung seperti penyakit jantung kongenital (struktur abnormal jantung dan pembuluh darah sejak lahir).
Sel darah abnormal seperti methemoglobinema.

Kelainan pembuluh darah seperti fenomena Raynaud (pembuluh darah pada tangan dan kaki mengerut yang tidak sepatutnya).

Walaubagaimanapun, jika tidak yakin dan risau tentang keadaan yang sesuatu anggota badan, eloklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan doctor. Sekurang-kurangnya kita dapat mengesan sesuatu penyakit dengan lebih cepat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen