Parut Di Kening Buat Lelaki Nampak Macho?

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah jumpa lelaki ada parut di kening? Ataupun keningnya seakan tertoreh sedikit. Betul ke mereka ni nampak macho? Satu kajian di sebuah universiti di Liverpool dan Stirling mendapati bahawa luka pada wajah sebenarnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.



"Wanita mungkin menilai bekas luka sebagai sesuatu yang menarik untuk hubungan jangka pendek kerana mereka menganggapnya sebagai simbol kemaskilinan," jelas Dr. Rob Burriss, ketua dalam penyelidikan tersebut. Dr. Rob Burris juga mengatakan bahawa bekas luka atau parut tersebut seringkali dikaitkan dengan kadar testosterone yang tinggi dan merupakan indikator kejantanan dan keberanian seorang lelaki.



Dengan kata lain, parut yang terdapat pada wajah menunjukkan sifat 'bad boy' yang begitu digilai wanita dalam hubungan tanpa ikatan. Contoh lelaki seperti ini adalah James Bond yang dilihat sebagai lelaki berisiko dan berbahaya tetapi sebenarnya lebih menggoda.

Walaubagaimanapun wajah yang bersih dan tanpa parut luka pula memberikan maksud yang berlainan buat seseorang lalaki. Lelaki yang memiliki wajah tanpa bekas luka lebih dilihat sebagai orang yang berhati-hati dan teliti, kerana itulah lebih sesuai untuk hubungan jangka panjang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen