Bawa Handbag Berat-Berat Tak Guna Kalau Tak Ada 4 Benda Ini. Berguna Time Kecemasan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita semua sedia maklum setiap wanita sering dikaitkan dengan memiliki handbag yang berat. Entah apa yang diisi sehingga kadang-kadang beratnya boleh mencecah sekilogram atau lebih. Namun, jika berat disebabkan benda-benda tidak penting pun sia-sia jug ajika tak ada benda-benda berikut.


1. Gula-gula penyegar

Mengapa pentingnya gula-gula yang berperisa segar seperti mint? Ini kerana kalau di waktu pagi, jika belum sempat breakfast tetapi sudah ada urusan dengan seseorang, sekurang-kurangnya boleh kunyah gula-gula sebagai penyegar dikala mulut masih belum menjamah apa-apa makanan. Ini untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada orang lain jika ada bau mulut di pagi hari.



2. Pen

Walaupun nampak remah, tetapi pen adalah benda penting yang perlu ada di dalam beg lelaki mahupun wanita. Ini kerana jika tiba-tiba anda perlu berurusan dengan sesuatu tempat yang tidak menyediakan pen, bagaimana mahu tulis atau isi sesuatu borang? Malu jug ajika nak pinjam dengan orang lain. Jadi, lebih elok jika sediakan sebatang pen sebagai simpanan di dalam beg untuk kegunaan bila perlu.



3. Tisu

Siapa sangka tisu adalah benda penting dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan jika tiba-tiba anda bersin di khalayak ramai, pasti anda mencari tisu untuk mengelap cairan yang keluar daripada hidung atau mulut. Bagitu juga ketika anda selesema, perlunya tisu untuk membantuk hidung anda supaya sentiasa dalam keadaan kering.

4. Tuala wanita

Meskipun haid anda adalah teratur dan anda dapat mengagak tarikh anda akan datang bulan, namun persediaan terhadap sebarang kemungkinan adalah perlu. Bimbang jika tiba-tiba haid menjadi awal daripada sepatutnya, bagaimana hendak dapatkan tuala wanita secara tiba-tiba? Selain itu, anda juga dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan tuala wanita di saat mereka memerlukan.

Jadi, setiap wanita perlu tahu akan kepentingan ketiga-tiga benda yang disebut di atas. Mungkin kegunaanya bukan sahaja untuk kita, namun apa salahnya jika kita dapat membantu orang lain di saat mereka perlukan sesuatu yang kita ada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen