Pelamin Anganku Musnah...

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang ada cita-cita untuk berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Siapa saja yang ingin hidup bersendirian dikemudian hari? Namun jika perkahwinan yang sepatutnya menjadi milik kita itu musnah di tengah jalan, bagaimana hendak teruskan kehidupan seperti sedia kala? Pasti perit dan pedih setiap kali teringatkan apa yang pernah diangankan satu ketika dulu.



Tidak semua hubungan akan berakhir dengan perkahwinan. Adakala Allah hadirkan seseorang untuk menguji kita sahaja. Bercinta sekian lama tetapi akhirnya si dia berkahwin dengan orang lain. Bagaimana pula dengan kita yang masih tak dapat melupakan kenangan dan belum ada pengganti? Allah hadirkan pelangi selepas hujan. Begitu juga kepada kita, setiap kesedihan yang kita alami, pasti ada kemanisan dan kebahagiaan tersembunyi di akhir cerita.



Berdoalah selalu, semoga dipertemukan dengan jodoh yang betul dan tepat. Rezeki dan jodoh tidak pernah salah alamat. Jika dia milik kita, lambat atau cepat pasti akan datang kepada kita juga. Tidak bermakna apabila selepas putus cinta yang sudah hampir ke pelaminan itu buatkan kita terus putus asa sehingga serik untuk mengenali orang lain. Ingat, tidak semua orang seperti itu dan jangan sesekali samakan orang lain dengan seseorang.



Buanglah segala kisah lama yang pernah merobek hati, lupakan pelamin angan yang sudah diduduki orang lain, dan bersedialah untuk menerima orang lain untuk membahagiakan diri anda. Mungkin dia akan betul-betul membahagiakan anda. Tetapi jangan terlalu cepat menduga si dia, kenali hati budinya dahulu untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali.



Sebenarnya tiada ungkapan pelamin anganku musnah kerana itu ternyata bukan pelamin kita. Jika ia benar pelamin kita, pasti kita yang akan dudukinya. Pelamin kita belum ada dan masih mencari-cari kita. Jika tiba masanya, pasti aka nada pelamin nyata yang akan kita dudukl bersama si dia yang tepat untuk melayari bahtera rumahtangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen