Orang Berhutang Tiada Rasa Malu, Orang Beri Hutang Pula Malu Nak Minta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika ada masalah kewangan, antara jalan yang selalu orang buat adalah berhutang wang daripada orang lain. Tidak salah meminjam wang atau berhutang tetapi mestilah dipulangkan sebagaimana dijanjikan sebelumnya. Jika mahu pulangkan selepas mendapat gaji, maka apabila dapat gaji, terus bayar semula duit orang. Jangan sebab orang tak tanya, tak bayar pula.


Biasanya kita akan meminjam duit ahli keluarga terlebih dahulu, jika terasa segan, kita pinjam duit kawan. Walau siapapun orang yang beri pinjam wang kepada kita, janganlah liat semasa hendak membayar. Semua orang ada komitmen juga, perlukan wang juga. Dia tolong sebab dia kasihan kepada kita, lagipun kita dah janji nak bayar seperti yang kita sebut. Sebagai kawan, dia perlu tolong jika dia mampu.



Namun apa yang terjadi pada masa sekarang ialah si peminjam tidak berasa apa-apa meski tidak membayar semula hutang orang, malah si pemberi pinjam pula terasa malu hendak meminta wangnya semula, seolah-olah dia pula yang berhutang. Yalah, segan juga kalau banyak kali tanya, bila nak bayar hutang? Sebagai peminjam, ketahuilah bahawa ungkapan yang sering kita dengar itu adalah benar iaitu ‘hutang perlu dibayar walaupun tidak dituntut’.



Paling tidak munasabah apabila si peminjam boleh pula pergi melancong ke sana ke mari, berbelanja sakan, tetapi hutang orang tak bayar lagi. Biasanya memang macam tu, bila sudah ada duit, terasa sayang nak bayar hutang padahal semasa susah begitu gigih mencari kawan untuk meminjam wang.

Jangan sampai orang dah tak nak tolong kita selepas ni. Kalau berjanji, bayarlah seperti yang dijanjikan. Si pemberi walaupun wanynya, tetapi segan juga kalau asyik tanya, takut dikata kedekut dan tak ikhlas. Sedangkan saat itu dia juga perlukan wang dan tidak salah jika dia ingin tahu adakah wangnya boleh dapat kembali? Hargai orang yang sudi tolong kita di waktu susah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen