Terus Ajak Kahwin Kalau Dia Ada 5 Tanda Ini, Rugi Kalau Lengah-Lengahkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Terfikir-fikir bila masa yang tepat nak ajak pasangan berkahwin, sudah tentulah ia bukan satu perkara yang mudah nak dilakukan. Malah anda sendiri anda buat keputusan untuk berkahwin dengannya bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Ini kerana, perkahwinan itu sendiri bukan boleh dipandang ringan.



Dalam mencari pasangan, ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tahu dia itu pasangan yang tepat, macam mana nak tahu yang dia itu adalah pasangan yang serasi dengan anda malah macam mana nak tahu kalau dia itu juga mempunyai niat yang sama seperti anda.

Bila bercakap dengan mengenai hati ini memang sukar untuk diperjelaskan melainkan jika nada terus direct bertanya kepada tuan punya badan. Akan tetapi, anda beberapa tanda yang boleh anda lihat dalam dirinya bahawa dia adalah pasangan yang tepat untuk anda.



1. Hanya fikiran dia.

Orang kata kalau nama dia sahaja sudah terletak difikiran anda maka dengan itu perlulah segera untuk berkahwin. Ini kerana, anda sudah semakin angau dengan dirinya. Lebih baik cepat-cepat kahwin kalau tidak mahu kehilangan dia ataupun sesuatu yang tak baik berlaku. Ini kerana, anda sudah berada ditahap yang patut kahwin pun.

2. Berusaha keras untuk membuat dia bahagia.

Anda tahu anda tak mampu penuhi keinginan dia untuk dalam segala hal, namun pada masa yang sama, anda juga berusaha dengan lebih gigih untuk penuhi keinginan dirinya. Walaupun tak mampu nak bahagiakan sepenuhnya, akan tetapi anda tetap cuba untuk melakukan itu.



3. Menuju kebaikan bersamanya.

Apabila anda bersama dengan dirinya, baik perubahan dalam diri anda. Di mana, anda berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Malah, anda juga lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah selepas berkenalan dengan dirinya. Itu satu perubahan yang baik bukan?

4. Keluarga menerima anda dan pilihan anda.

Jika sudah berkenalan dengan keluarga dan rakan-rakannya, maka mereka itu menerima kehadiran anda dengan hati yang terbuka. Begitu juga dengan keluarga anda dan juga rakan-rakan anda, di mana mereka ini menerima pilihan anda dengan hati terbuka. Di sini sudah jelas bahawa anda mendapat restu dari semua pihak.



5. Salah faham memang ada tetapi mudah nak selesaikan.

Mana-mana hubungan tentu sahaja akan berdepan dengan salah faham, namun begitu kalian mampu selesaikan dengan baik malah hubungan semakin erat selepas itu. Ibaratnya salah faham itu hanya datang sekadar nak uji sahaja tapi mampu di atasi.

Kalau dah jumpa tanda-tanda seperti ini, jangan nak tunggu lama-lama. Terus je ajak kahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen