Bila Anda Berani Untuk Jatuh Cinta, Maka Kenalah Berani Untuk Menerima Siapa Sebenarnya Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan yang hadir itu datang tanpa paksaan malah anda juga tak sedar akan kehadirannya. Apa yang anda tahu anda takut kehilangan dirinya, itulah yang membuatkan anda sedar bahawa anda sangat menyukai, sayang serta mencintai dirinya.

Bahkan dengan perkara ini juga, anda memilih untuk bersamanya sampai bila-bila, namun hubungan yang tidak halal ini ikatannya tidak begitu kukuh jika hendak dibandingkan dengan ikatan yang telah halal iaitu perkahwinan. Sudah tentu anda akan memilih untuk menghalalkan hubungan bukan?


Apabila anda memilih dirinya untuk anda jatuh cinta, memilih dirinya untuk berbahagia dalam kehidupan anda, maka dengan itu anda juga perlu berani untuk menerima siapa pasangan anda, siapa keluarganya serta siapa orang disekelilingnya.

Perasaan itu tak akan cukup kalau sekadar perasaan sayang sahaja tanpa adanya keberanian untuk menerima semua itu. Keberanian yang perlu anda miliki adalah dengan menerima baik buruk pasangan yang di luar jangkaan anda. Yang anda tak sangka dan tak jangka sekali pun.



Bila anda berani untuk jatuh cinta, maka anda kenalah berani untuk terima siapa pasangan.

Begitu juga, bila anda berani untuk melamar si dia, maka anda perlu berani untuk jalani hidup bersama dirinya selepas itu.

Semua perkara yang anda rasakan itu perlukan keberanian, bukannya perlukan satu perkara yang was-was serta keraguan. Kalau anda sudah berani memilih dia maka anda kena berani untuk ketahui apa yang belum anda ketahui masa bercinta.



Boleh jadi masa bercinta dia seorang yang manis dan sopan, akan tetapi selepas berkahwin boleh jadi dia ini seorang yang bukan sebegitu. Boleh jadi juga, masa bercinta anda lihat dirinya seorang yang kemas dan pembersih, akan tetapi selepas berkahwin sebaliknya pula.

Apa yang perlu anda lakukan untuk semua perkara yang tak mustahil itu adalah, anda kena berani untuk berdepan dengan semua itu, berani untuk perbaiki apa yang anda rasa perlu, berani untuk membimbing pasangan serta berani untuk menegur pasangan.



Baik lelaki atau wanita, suami atau isteri… kedua-duanya perlukan keberanian dalam cinta serta perkahwinan. Kalau tak ada keberanian anda tak akan mampu nak harungi sebauh perjalanan yang panjang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen