Orang Perempuan Selalu Sangat Bawa Handbag Berat-Berat, Meh Kenali Mereka Berdasarkan Cara Memegang Beg.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan dengan handbag memang tak dapat dipisahkan. Malah, mereka ini adalah orang yang akan mengumpul handbag dengan pelbagai jenis. Bermula dengan yang kecil hinggalah yang besar, tentu sahaja akan dimiliki oleh orang perempuan.

Tak cukup itu sahaja, semua benda kalau boleh nak dimasukkan ke dalam handbagnya, itu yang kalau masukkan kunci cari ambil masa berjam-jam tak jumpa. Mana tidaknya, handbag orang perempuan ini dah macam poket doremon, macam-macam yang dibawanya ke sana sini. Tapi yang paling banyak tentulah resit-resit lama.


Selalu sangat tengok orang perempaun bawa macam-macam beg, tapi ramai yang tak tahu bahawa setiap beg yang dibawa itu melambangkan personality dan diri mereka sendiri. Salah satu cara nak mendekati seseorang itu pun boleh ikut jenis beg yang dipakainya.

Kalau orang lelaki nampak semua handbag sama sahaja, tapi orang perempuan ini lain pula. Haaa… berikut adalah jenis bag berserta personality mereka.



1. Jenis yang sangkut pada bahu.

Kalau anda pegang handbag tersebut anda dianggap sebagai manusia yang sangat praktikal dan sungguh berhemah! Anda juga seorang yang pragmatik dari setiap segi.

Namun kalau anda membiarkan ia bebas tanpa dipegang, wanita sebegini adalah seorang yang periang, mudah bergaul dan tidak mudah terbeban dengan masalah yang dihadapi. Tahniah, kerana anda seorang yang begitu positif!
Tetapi jaga-jaga, kita sebagai manusia harus berwaspada di dalam apa sekalipun yang kita lakukan jika tidak mahu merana kemudian.



2. Jenis yang suka selimpang pada badan.

Jika anda yang suka memaki handbag sebegini ia terbahagi kepada dua jenis iaitu yang selimpang handbag di hadapan anda sering berhati-hati dalam setiap perbuatan. Sangat pemalu namun sering juga mempunyai perasaan teragak-agak. Anda adalah seorang wanita yang memiliki sifat berani, tidak lokek untuk mempertahankan diri.

Manakala yang selimpang dekat tepi atau dekat hampir dengan punggung pula, dikenali seorang bersifat berdikari. Dirinya ibarat seorang pahlawan. Jarang sekali mengambil kisah tentang apa yang orang fikirkan tentang mereka serta gaya mereka. Apa yang penting adalah kebahagian dan kesenangan yang mereka kecapi. Diri sendiri adalah yang paling mustahak!



3. Disangkut pada pelipat tangan.

Wanita sebegini cenderung untuk mempamerkan status dan pangkat diri mereka. Bukan bersifat angkuh, tetapi lebih berkeyakinan.

Bukan itu sahaja, wanita yang sering membawa beg tangan seperti ini merupakan seorang yang praktikal kerana bebas bergerak tanpa batasan, mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu masa.



4. Menjijit beg secara bersahaja.

Kadang-kala menjinjit beg yang kecil dan ada juga masanya mereka gemar menjinjit beg yang besar.

Tetapi, apabila seseorang itu memilih untuk menjinjit beg mereka ke hulu dan ke hilir secara bersahaja, mereka sebenarnya mahu mempamerkan kepentingkan pangkat mereka, sangat berkaliber. Mereka beranggapan bahawa pekerjaan adalah sesuatu yang mustahak dan harus di pandang serius!



5. Pegang di tangan.

Kalau yang lain itu jenis yang suka sangkut pada bahu dan tangan anda hanya sekadar memegang bag yang kecil pula, anda seorang yang efisien, teratur dan inginkan sesuatu yang praktis. Anda tak bawa banyak barang, tetapi anda hanya bawa apa yang anda perlukan sahaja. Sebab itu beg anda lebih ringkas dan ringan.

Anda juga seorang bercita-cita malah hanya fokus pada satu perkara sahaja untuk diselesaikan. Anda tak begitu multitasking, namun begitu anda seorang yang cepat siapkan kerja serta produktif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen