Antara Amalan Sebelum Tidur Yang Perlu Suami Isteri Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak bina sebuah keluarga yang bahagia malah nak eratkan hubungan suami isteri sudah tentulah perlu menggunakan cara yang betul. Nak-nak lagi amalan yang kita amalkan itu, tentu sahaja akan memberi kesan kepada apa yang anda inginkan.



Orang kata kalau nak bahagia bukan bermula dengan orang lain tetapi lebih kepada nak mula dengan diri sendiri sahaja dahulu, itukan lebih baik sebenarnya.

Ini sedikit perkongsian dari Muhammad Hassan akan amalan-amalan yang dilakukan sebelum tidur. Semoga ia bermanfaat buat semua.

Ini amalan yang saya kongsi kepada isteri sebelum tidur.

1. Bersugi dan berwuduk dan baca sedikit ayat-ayat Al-Quran.( Al-Mulk- As Sajdah)

2. Solat taubat 2 rakaat. Setiap hari kita kena taubat sebab kita terlalu banyak dosa.

• Mohon maaf dan maafkan pasangan. Maafkan semua orang dan mohon maaf kepada orang yang kita sakiti dan umpat.
• Update sedikit nota di HP ,terutama hutang tentang hutang.
• Baca kitab kisah para sahabat (hayatus sahabah) supaya kita ada kekuatan untuk beribadah seperti sahabat r.hum.
• Kibas dengan selimut ditempat tidur(baca zikir :"La Haw La Wala Quwwata Illa Billah"

3. Baca ayat kursi, manzil.

4. Baca 3QUL 3x dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan kita dan anak terutama bayi(ini salah satu cara untuk elak sihir dan disengat binatang)

5. Zikir fatimah( subhanaallah 33x Alhamdulillah 33x Allahuakbar 34x). Zikir ini akan beri kekuatan kepada wanita,ibu ibu di awal pagi untuk lakukan segala hal.

6. Tidur dengan mengiring sebelah kanan beralaskan tapak tangan kanan. ini memudahkan untuk bangun malam. Elakkan kaki menghala ke kiblat.

7. Tidur dengan menutup aurat penting,elakkan tidur tanpa pakaian.

8. Tidur dengan wangian dan doa tidur.

9. Sebelum itu cium dan peluk anak-anak. Minta maaf kepada anak-anak jika kita marah dan pukul mereka. Jelaskan kepada mereka apa sebab kita lalukan begitu dan yang paling penting ucap yang kita tersangat sayangkan mereka.

10. Niat untuk solat tahajjud dan solat subuh awal waktu. Jika tidak sedar kita akan dapat pahala solat tahajjud.

11. Jika ada mimpi buruk dan tersedar baca "Audzubillah himinasyaitonirrajim" isyaratkan ludah sebelah kiri dan alihkan sedikit posisi tempat tidur. Jika mimpi baik terus bangun solat hajat moga Allah terima mimpi baik itu.

Moga bermanfaat dan moga istiqomah atas amalan ini.

EncikMatt-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen