Isteri, Jangan Lupa Nak Ucap Terima Kasih Pada Suami Walaupun Suami Hanya Tolong Basuh Baju.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak semua suami-suami itu mudah lupa akan tanggungjawab mereka, malah bukan semua suami-suami itu pentingkan ego mereka sahaja. Ada dikalangan anda tentu sahaja akan bertemu dengan suami yang bertanggungjawab malah tahu menghargai anda.


Apabila berjumpa suami seperti ini, anda perlulah sangat bersyukur. Ini kerana, tak ramai wanita-wanita di luar sana yang bersuamikan suami seperti anda. Boleh jadi mereka ini akan dapat yang sebaliknya dari suami anda. Jadi anda kenalah sentiasa berterima kasih pada suami malah jangan ambil kesempatan ke atas perkara ini.

Sebagai seorang isteri, anda perlu berterima kasih akan segala usaha suami yang telah dirinya lakukan di dalam keluarga anda. Di mana, dia telah membanting tulang untuk menyara anda sekeluarga malah bukan itu sahaja, dia juga sentiasa mendahulukan keutaman anda dan anak-anak dahulu berbanding dirinya.



Tak cukup dengan itu, anda juga perlu berterima kasih kerana dirinya membantu anda dalam melakukan tugas rumah walaupun untuk hal-hal yang kecil seperti membasuh baju, mengasuh anak-anak serta mengemas rumah. Mungkin ada yang menganggap bahawa itu adalah kerja suami jika diikutkan, akan tetapi ramai lelaki yang menganggap bahawa itu kerja isteri, jadi kalau dia melakukan ini berterima kasihlah pada dirinya.

Tak hanya itu sahaja, anda perlu lihat cara dirinya menghargai dan memahami anda. Bukan semua wanita akan beruntung seperti anda di mana, memiliki suami yang memahami dan menghargai anda. Jadi kalau dia mempu menjadi pendengar yang baik walaupun kadang kala acuh tak acuh, malah mampu juga memahami saat anda sedih dan terluka jadi berterima kasihlah untu perkara-perkara itu.



Mungkin bagi anda itu tugasnya sebagai seorang suami, akan tetapi ketahuilah anda sangat bersyukur memiliki suami seperti ini. Jadi tak salah kalau anda lebih menghormatinya serta membuat dirinya rasa dihargai walaupun dengan sekadar ucapan terima kasih.

Terima kasih ini walaupun sekadar kata-kata sahaja, tetapi bila suami anda mendengarnya tentu satu penghargaan buat dirinya. Begitu juga dengan diri anda bukan? Jadi, jangan lupa untuk berterima kasih kepada suami anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen