Bila Dah Jadi Isteri, Jangan Lalai Akan Perkara Ini. Nampak Macam Remeh Tapi Ia Boleh Musnahkan Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri adalah penguat suami, di mana dia akan menjadi penyokong utama malah tulang belakang dalam sesebuah keluarga. Malah isteri adalah kekuatan dalam sesebuah rumahtangga. Isteri ini adalah orang yang selalu akan ada di sisi suami tak kiralah waktu susah mahupun senang.

Namun begitu, isteri tidak boleh mengambil alih tugas suami sebagai ketua keluarga, walaupun isteri mempunyai lebih kepentingan dalam rumahtangga. Sebagai seorang isteri, anda perlu memahami suami serta bertolak ansur dengan dirinya. Jangan cuba-cuba untuk ambil kesempatan malah menguasai dirinya.


Sebab itu, dalam rumahtangga isteri jangan leka ataupun melakukan kesalahan-kesalahan ini. Kalau isteri melakukannya, hubungan rumahtangga akan menjadi masalah malah hubungan anda juga akan menjadi renggang.
Isteri-isteri, jangan lakukan perkara ini.

1. Berharap memiliki keluarga yang sempurna.

Harapan seorang wanita biasanya akan lebih tinggi berbanding orang lelaki. Di mana, anda akan berharap bahawa anda mampu miliki keluarga yang bahagia, anak-anak yang comel serta kehidupan keluarga yang selesa. Akan tetapi jika tak mampu nak penuhi antara salah satu itu, jangan pula lupa apa yang suami telah lakukan buat anda.



2. Tak jaga hati suami.

Selalunya, isteri ini nak suami sahaja yang menjaga hati mereka. Akan tetapi mereka ini lupa pula nak jaga hati suami. Tak kiralah dari segi percakapan atau perbuatan terhadap suami, anda sebagai isteri kena menghormatinya kerana di situlah terletaknya syurga anda.

3. Tak jaga penampilan.

Ini selalu sangat yang isteri-isteri lakukan. Masa bercinta dahulu bukan main jaga badan serta sanggup ambil masa berjam-jam untuk makeup akan tetapi selepas kahwin. Semuanya malas nak dilakukan lagi. Walaupun anda telah memiliki suami anda, akan tetapi mata suami masih mampu memandang yang lain. Jadi jaga-jaga.



4. Cemburu buta.

Siapa sahaja yang tak sayang akan suami sendiri bukan, namun begitu ia bukan boleh menjadi punca mengapa anda menjadi seorang yang cemburu buta. Nak cemburu itu tak salah, tetapi sikit-sikit sudah lah. Kalau cemburu sangat pun tak elok, ia hanya akan rosakkan hubungan anda sahaja.

5. Sentiasa mahukan lebih.

Jadi seorang isteri ini kena tahu bersyukur. Apa yang suami beri buat anda dan anak-anak kenalah pandai hargai dan syukuri. Walaupun sedikit atau banyak, itu semua usaha suami yang berkerja keras demi keluarganya. Jika anda sebagai isteri sentiasa bersyukur tentu rezeki akan bertambah-tambah kali ganda.

Sebagai seorang isteri, bila dah dapat suami yang sayang akan anda itu jangan mudah sangat leka dan lalai akan perkara-perkara seperti itu. Cuba untuk menjaga pandangan mata suami, bersyukur malah sentiasa menghargai dirinya, tentu hubungan akan lebih bahagia daripada apa yang anda harapkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen