Barang Hantaran Branded, Kepuasan Atau Pembaziran?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap bakal pengantin pastinya teruja apabila tibanya masa untuk menyediakan dan menyiapkan barang hantaran. Pelbagai barangan dijadikan sebagai barang hantaran untuk diletakkan di atas dulang yang dihias kreatif supaya nampak gah. Antaranya yang biasa kita lihat adalah beg, kasut, baju, dan sebagainya.


Kebiasaannya barang-barang yang dijadikan sebagai hantaran adalah lebih kurang sama sahaja, tetapi yang membezakannya hanyalah kualiti dan harga barang tersebut. Ada orang lebih memilih untuk meletakkan barangan berjenama atau branded di atas dulang. Ianya mungkin untuk memperlihatkan gaya mewah apabila para tetamu melihatnya. Mungkin juga dia sememangnya seorang yang sukakan barangan berjenama, bukan semata-mata untuk barang hantaran sahaja.



Namun, ada juga bakal pengantin yang hanya membeli dan melatakkan barangan yang kurang berjenama, maksudnya tidak terlalu mahal tetapi masih mementingkan aspek kualiti. Bukan taka da barang murah yang berkualiti, hanya perlu rajin cari saja. Mungkin dia seorang yang sederhana dan tidak mahu kelihatan terlalu mewah meskipun barang hantaran hanyalah sekali seumur hidup.



Walaupun begitu, setiap orang pasti ada alasan tersendiri mengenai pemilihan jenis barang untuk dijadikan hantaran. Jika berkemampuan, apa salahnya jika kesemua barang hantaran menggunakan barangan branded, lagipun ianya terjamin dari segi kualiti dan ketahanan barang tersebut. Jika kurang berkemampuan, tidak salah jika meletakkan barangan yang tidak berjenama tetapi kualitinya hampir sama. Jangan terlalu mengikut trend atau mengikut orang yang mampu, kerana banyak lagi perkara lain yang boleh digunakan dengan duit itu.



Secara ringkasnya, belilah barangan hantaran mengikut kemampuan diri, usah memaksa diri jika kurang mampu. Bagi orang yang sederhana, mungkin baginya adalah satu pembaziran jika membeli kesemua barang hantaran yang berjenama. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak dan uruslah kewangan anda dengan sebaik mungkin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen