Emosi Macam Mana Sekalipun, Jangan Cabar Seorang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang ada ego dan perasaan marah yang terkawal dan tidak terkawal. Kedua-duanya bergantung kepada individu itu menguruskannya. Jika ego yang tidak terkawal, berkemungkinan akan memberi kesan bukan untuk dirinya sahaja, tetapi kepada orang sekelilingnya juga.


Dalam perhubungan, seringkali diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, sehingga menyebabkan pergaduhan antara dua pihak. Wanita sememangnya mempunyai ego dan perasaan kurang sabar apabila bergaduh dengan pasangan. Namun, harus diingat, semarah manapun anda, jangan pernah keluar ayat yang seolah-olah mencabar seorang lelaki. Contohnya ‘pergilah pada dia, tinggalkan saja saya’. Meskipun itu hanya ugutan sama ada untuk menguji lelaki itu atau untuk meminta dia memujuk anda, tetapi secara tidak langsung ayat itu seolah-olah mencabar dirinya.



Bagaimana jika tiba-tiba dia tinggalkan anda dan pergi kepada wanita yang anda maksudkan itu? Tentunya apabila perkara ini berlaku, si dia akan mengatakan bahawa dia telah menyahut cabaran anda. Lelaki pantang dicabar, lebih-lebih lagi jika dia juga sudah hilang sabar. Sebagai wanita, jika terlalu beremosi semasa bergaduh, kawal kata-kata anda, jangan sampai perkara ini terjadi. Tidak salah untuk meluahkan marah yang terpendam, tetapi jangan sampai terkeluar ayat berunsur cabaran.



Lelaki sememangnya tidak mahu kalah, jika dicabar, mahu saja disahut cabaran itu tidak kira apa kesan buruk selepasnya. Namun, perlu diingat juga, usahlah terlalu ego dan mengambil hati dengan kata-kata wanita apabila dia sedang marah. Mungkin dia tidak sedar apa yang sedang dikatakan. Jika anda mengambil serius semua kata-katanya, maka hal itu tidak akan selesai. Sampai bila-bila pun tidak akan selesai jika masing-masing egonya tinggi melangit.

Sebab itulah perlu adanya sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Ingatlah jika tiadanya sabar, banyak perkara buruk akan terkeluar daripada mulut yang sedang ikutkan emosi. Meski ianya keluar tanpa kita sedar, tetapi itulah yang pasangan kita akan dengar dan beranggapan anda sememangnya bermaksud sebegitu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen