Bila Rindu Mula Muncul Macam-Macam Ragam, Orang Perempuan Biasa Buat Yang No 5 Itu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda sedang merindui seseorang, apa yang akan bermain difikiran anda? Ingin menghubungi dirinya? Ingin memberitahu bahawa anda rindu akan dirinya? Atau bagaimana? Macam mana pula, anda rindu akan tetapi tak mahu beritahu. Manalah tahu bahawa anda ego dengan sikap sendiri hingga menyebabkan anda tak nak bagi tahu.


Rindu ini ada dua situasi, di mana anda mahu beritahu dan tak mahu beritahu. Namun begitu, ada cara nak kenal pasti bahawa seseorang itu merindui anda, nak-nak lagi buat mereka yang tak nak mengaku bahawa dia merindui anda. Mudah je kalau nak tahu, nak-nak lagi orang perempuan punya rindu memang senang nak baca.



1. Hantar pesanan yang ringkas tapi tak penting.

Ala ada setengah orang dia sengaja buat macam ini sebab nak timbulkan perbualan sahaja. Ada juga sengaja buat salah pesanan sebab nak dapatkan perhatian daripada pasangannya. Begini permulaan nak bagitu rasa rindu itu. Nak luah malu, tapi ini sahaja yang dapat tarik perhatian dirinya.

2. Membalas pesanan dengan cepat.

Setiap pesanan yang diberikan tentu sahaja akan mendapat respon yang baik malah si dia juga akan membalas dengan pantas. Bukan sebab dirinya tak ada kerja, akan tetapi memang sengaja luangkan masa buat diri anda. Sebab itulaj pesanan anda segera dibalas.



3. Tiba-tiba, minta gambar.

Ada orang yang akan minta gambar untuk hilangkan rasa rindu mereka. Nak-nak lagi gambar yang menggambarkan situasi mereka itu, barulah dapat lepas rindu yang terpendam. Padahal gambar dengan orangnya kan jauh beza.

4. Stalk media sosial anda.

Tiba-tiba nampak dia terlike gambar lama-lama anda, sah memang dia sedang merindui anda. Sebab itulah dia stalk media sosial anda, dan lihat segala kenangan bersama. Kadang tak kantoi kadang boleh kantoi, bergantung pada situasi.



5. Saja timbulkan huru hara dalam hubungan.

Apa boleh buat memang ini je yang mampu dibuat jika tak dapat nak nyatakan rindu. Lakukan ini pun sebab nak dapatkan perhatian dari pasangan je. Kalau tak, memang tak buat pun kelakuan yang macam ini. Tapi biasanya orang perempuan yang buat kerenah pelik-pelik ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen