Wanita Kurus Lebih Mudah Dapat Perhatian Di Mata Lelaki, Ini Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu sangat kita dengar bahawa wanita yang berisi ini kurang mendapat perhatian orang lelaki, akan tetapi kalau wanita yang sedikit kurus ini memang mudah nak dapat perhatian dari orang lelaki kerana ramai lelaki sukakan wanita kurus. Namun begitu, mengapa orang lelaki lebih memilih wanita kurus dan bukannya memilih berdasarkan sikap seseorang. Kalau dilihat, dari segi pandangan sahaja wanita yang kurus telah mendapat tempat di mata lelaki.


Perkara-perkara ini sampai membuatkan wanita yang berbadan sedikit berisi berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus serta ideal demi mendapat perhatian daripada jejaka. Akan tetapi berbaloi ke semua ini?

Nak tahu kenapa orang lelaki suka sangat wanita kurus? Ini sebab dia.

1. Bila cakap pasal kurus je, terus ingat cantik.

Ramai yang beranggapan bahawa kurus ini cantik, manakal yang berisi ini kurang cantik. Eh, tapi kalau dah orangnya memang cantik, tak kiralah kurus ataupun tidak memang cantiklah cerita dia. Tapi itulah pandangan orang bukan, nak buat macam mana.



2. Orang kurus tak makan banyak, jimat.

Siapa kata orang kurus tak makan banyak, sedangkan ramai sahaja wanita yang bertubuh kurus ini lebih suka makan berbanding wanita yang berisi. Jadi, jangan nak kata wanita berisi je makan banyak, ini semua bergantung pada individu. Mana-mana sama je.

3. Dilihat lebih seksi dalam pemakaian.

Mudah nak cari pakaian membuatkan wanita kurus ini senang nak bergaya apa sahaja. Pakaian pun kalau pakai apa sahaja nampak sesuai, itu yang membuatkan orang lelaki memilih wanita yang kurus sebagai pasangan. Akan tetapi kalau bab-bab bergaya ini, perempuan yang berisi kalau bergaya pun cantik juga bukan.



4. Wanita yang kurus dikatakan lebih sesuai dengan lelaki.

Sebabnya wanita kurus ini kan akan kelihatan lebih kecil di sisi lelaki, maka dengan itu dia kelihatan seperti pinang di belah dua dan terlihat sama padan jika nak bandingkan wanita yang berisi. Mana tidaknya orang lelaki sekarang pun ramai yang kurus-kurus.

5. Senang nak angkat.

Orang lelaki merasakan wanita yang kurus ini lebih mudah nak diangkat berbanding wanita yang sedikit berisi, tetapi selagi belum halal mana boleh nak main angkat-angkat ini. Bahkan kalau dah kahwin nanti pun belum tentu akan angkat isteri itu.

Baik kurus ataupun gemuk, yang penting adalah dirinya sihat. Kesihatan itu lebih penting untuk buat dirinya sentiasa di sisi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen