Jodoh Lambat Ujian, Jodoh Cepat Pun Ujian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu tertanya-tanya manalah jodoh aku ini tak muncul-muncul. Dah macam-macam usaha yang dilakukan tapi jodoh masih tak muncul lagi. Jangan cakap tak cuba nak jalinkan hubungan, tapi itulah kejap je dah putus, tak sempat pun nak bincang ke arah perkahwinan pun.


Memang pening kepala jika cakap bab jodoh ini, nak-nak kalau umur semakin meningkat naik. Memang mudahlah dapat bebelan daripada ibu-ibu ini. Tapi itulah nak buat macam mana jodoh tak nampak bayang lagi.

Sudah tentu ini yang anda rasakan saat menanti jodoh anda bukan? Bagi anda inilah ujian yang diberikan kepada anda agar ternanti-nanti jodoh sendiri. Bagi anda hidup pasangan yang telah berkahwin tentu tak akan berdepan dengan ujian seperti anda.



Sebenarnya, sama ada jodoh datang cepat atau lambat, itu ujian. Dah kahwin atau belum itu pun ujian.

Boleh jadi anda di sini ternanti-nanti akan kehadiran jodoh anda, akan tetapi pasangan yang telah berkahwin pula ternanti-nanti akan cahaya mata. Nampak bukan, kedua-duanya ada ujian yang tersendiri.

Cuma yang membezakan adalah bagaimana anda melihat ujian tersebut dan menerimanya.



Jika anda belum kahwin, mungkin ujian anda dalam usaha mencari jodoh. Macam mana nak dapatkan jodoh yang baik serta bagaimana penerimaan ibu bapa akan pilihan anda. Tak cukup dengan itu sahaja, ada juga yang diuji dengan kemahuan hantaran yang tinggi, tunang nak minta putus tunang dan macam-macam lagi.

Kalau yang sudah berkahwin pula, antara ujian mereka ialah belum dikurniakan zuriat, kewangan kurang stabil, anak-anak tak sihat serta ada juga yang diuji dengan mertua dan ipar duai. Malah ujian buat pasangan sudah berkahwin ini lebih besar dab berat. Itu belum masuk lagi bab-bab sikap pasangan yang kadang kala menguji.



Jadi jangan terlalu mengeluh dan bersangka buruk.

Jika anda belum berkahwin dan mengharapkan jodoh yang baik, maka berusahalah ke arah kebaikan dan jangan pernah putus asa. Akan tetapi kalau anda sudah berkahwin dan berdepan dengan ujian-ujian yang dirasakan luar kawalan, bersabarlah. Pasti akan ada sinar dalam hidup anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen