Kalau Tak Nak Isteri-Isteri Overthinking, Suami-Suami Pun Jangan Buat Benda Yang Curiga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini selalu angagp bahawa orang perempuan akan sentiasa overthinking terhadap satu perkara. Malah kadang kala mereka ini anggap bahawa wanita ini sengaja nak fikir macam-macam sedangkan bukannya pasangannya melakukan perkara yang salah.


Ramai yang tak sedar sebenarnya. Di mana, apa yang wanita fikirkan atau apa yang membuatkan seorang isteri ini overthinking adalah kerana perbuatan yang mencurigakan dari seorang lelaki. Malah, setiap perbuatan yang pelik lelaki ini yang menjurus seorang wanita mempunyai syak wasangka yang melampu.

Kalau ada tak suka dan tak selesa isteri atau pasangan anda sebegitu, maka ini nasihat daripada Firdaus Shakirin buat lelaki-lelaki di luar sana.

Hidup kita sebagai suami ni akan baik-baik sahaja selagi,

Isteri tak curiga dengan apa yang kita buat...



Jangan bagi dia curiga, jangan timbulkan keraguan dalam rumahtangga sebab once dia dah mula ragu-ragu dengan suaminya, maka disaat itulah hidup kita mula bermasalah...

Bagaimana?

Tengok la kelakuan dan perbuatan kita semasa di rumah ataupun di luar rumah...bawak hp masuk tandas tak...berani tak bagi isteri tengok kandungan hp kita...berani tak share password hp kat isteri...balik lambat, bagitahu tak nak pergi mana, dengan siapa...bila ada orang telefon, cuba mengelak dan bercakap ditempat tersembunyi tak...senyum sorang-sorang depan hp tak...

Banyak perkara yang datangnya daripada perbuatan kita sendiri yang membuatkan isteri itu think negative...



Dia mula akan bersangka macam-macam...bila dia dah tak boleh nak simpan syak wasangka dia tu, dia akan mula tuduh kita...

"Abang ada perempuan lain?" "Abang ada skandal?"

Berasas atau tidak tuduhan yang dilemparkan itu, hanya kita dan Allah s.w.t sahaja yang tahu...

Nasihat saya, tiada apa yang perlu seorang suami takuntukan jika dia tidak buat salah, dia menjaga pergaulannya, dia tahu batasan untuk setiap perbuatannya, tiada kandungan meragukan dalam hpnya dan tiada perubahan pada dirinya...



Dan orang perempuan ni plak, kalau dia curiga, dia perlu untuk dipuaskan hatinya...dengan cara, kalau dia nak check, bagi dia check...kalau dia tanya, jawab tanpa perlu menipu...jangan menunjukkan gerak geri yang meragukan...mudah sahaja...

Selagi dia berpuas hati dan tidak melihat apa-apa perubahan 'pelik' pada suaminya, selagi itulah hidup kita akan baik-baik sahaja...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen