Nak Cari Jodoh Ini, Jangan Malu-Malu. Kalau Suka Terus Cakap.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah jumpa, dah tersuka akan tetapi malu nak luahkan, malu nak ucapkan yang anda suka dirinya. Itu yang membuatkan anda akan berputih mata melihat orang yang anda suka itu bersama dengan orang lain. Bila anda suka akan seseorang, jangan takut nak luahkan perasaan anda.


Kalau dia reject macam mana?

Jangan bimbang kalau kena reject, sehari dua nanti okaylah diri anda. Jika nak bandingkan yang dia bersama orang lain tanpa ketahu perasaan anda. Itu bukan ke lebih mengencewakan. Mana tahu dirinya juga memiliki perasaan sama seperti anda?



Kalau anda sudah menyukai dirinya, malah dah luahkan perasaan anda. Tetapi tetap sahaja kena reject berulang kali? Jangan bimbang, kalau betul-betul nakkan dirinya, maka cuba lagi dan lagi. Jangan nak cepat sangat mengalah, ini kerana kalau anda cepat putus asa maka anda hanya dapat memilikinya dalam angan-angan sahaja.

Biasanya, seseorang yang tak pernah kenal erti putus asa dalam berusaha untuk memiliki seseorang tentu sahaja akan membuahkan hasil kelak. Yang membezakannya hanya cepat atau lambat sahaja dia hasil yang akan diperolehi itu.



Ini kerana, seseorang itu akan nampak kesungguhan serta usaha anda hingga membuatkan dirinya tersentuh dan membuka pintu hatinya. Sesetenagah orang, sekeras macam mana sekalipun isi hatinya, tentu sahaja akan lembut sekiranya nak kesungguhan seseorang tang tulus mencintainya. Jadi kenapa perlu cepat sangat mengalah.

Kalau anda mengalah dengan cepat, bagaimana anda mampu membuka pintu hatinya yang sudah terkunci rapat itu. Ini kerana, dengan kesungguhan dan usaha yang gigih sahaja mampu membuka pintu hatinya yang keras itu.

Alah, orang kata manusia ini kan keras macam kerak nasi, kalau disimbah air maka lembutlah nanti. Sama juga dalam usaha mencari cinta ini. Kalau anda mengalah kerana kerasnya hatinya, mungkin anda tak boleh memilikinya nanti.



Jadi, kalau anda betul-betul mahukan dirinya, maka anda perlu berusaha keras untuk memiliki hatinya. Tak kiralah berapa kali direject, atau friendzone, tetapi kalau ada usaha yang gigih tentu sahaja membuahkan hasil.

Kalau suka, tunjuk yang anda betul-betul suka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen